- Back to Home »
- 1001 Resepi , Informasi , Menarik , Resepi »
- Yee Mee Kuah Kicap
Posted by : Unknown
Wednesday, 16 September 2020
Assalam, ini adalah yee mee kuah kicap versi saya, terdapat banyak resepi mee yang boleh kita tengok kat pelbagai web dan blog, tak susah dah sekarang ni nak masak, hanya di hujung jari sahaja...tinggal lagi nak buat dengan tak nak buat jer...
Resepi untuk kuah yee mee
Tumbuk:
1 inci halia 3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
Lain2 bahan:
1/2 ekor ayam, potong kecil
10 keping cendawan hitam, rendam hingga kembang
1 batang lobak merah, hiris nipis
sedikit sawi, potong kecil 1 biji tomato, potong kecil
telur 4 biji 3 sanggul yee mee kering
sos, campurkan semua dalam mangkuk kecil
5 sudu besar kicap masin
3 sudu besar kicap manis
3 sudu besar kicap cair
3 sudu besar sos tiram
sedikit garam, perisa dan serbuk lada putih
Tumis bahan tumbuk hingga kekuningan, masukkan ayam dan kacau sebentar.
masukkan 4-5 cawan air dan biarkan mendidih sehingga ayam separuh empuk,
masukkan cendawan hitam, carrot dan sos dan didihkan sehingga ayam empuk.
Cara hidang:
Sendukkan kuah dan ayam ke dalam hotplate,
biarkan didih sebentar, perlahankan api
masukkan campuran tepung jagung dan sedikit air untuk memekatkan kuah,
kemudian masukkan yee mee, tambahkan kuah jika perlu,
masukkan sawi dan tomato dan pecahkan 4 biji telur kedalam kuah.
biarkan mendidih sebentar sebelum di hidangkan dengan potongan cili padi dan kicap...
Sedap :)
(Repost from 2011)
Entri Yee Mee Kuah Kicap Ulangsiar dari https://ift.tt/3hyyWnf
Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.