Posted by : Unknown Thursday, 10 September 2020


Jom masak sambal ayam paling simple style saya 😀

lumur ayam dengan garam kunyit dan sedikit tepung....
gaul rata dan biarkan satu jam

Sambal menyambal ni adalah resepi masakan paling mudah...cuma yg tak seronok, setiap kali lepas masak sambal dapor mesti messy sangat...dengan percikan minyak dan sambal...memang tak boleh nak elak :)

Resepi sambal sama sahaja, samada sambal ayam, ikan, daging, udang, telur dsbnya...resepi lebih kurang sama...bahan utama sahaja yg berlainan...jika ada sambal tumis memang ok sangat dah...tak perlu lauk lain kan...

goreng ayam hingga masak...ketepikan

Ini cara saya masak sambal...lain orang lain cara dan ini cara yg paling simple....

1/2 ekor ayam, potong 6

Bawang putih 5 ulas

Bawang merah 5 ulas

Bawang besar 1 biji di hiris kasar

Cili blender, samada beli siap atau blend sendiri ~ 1 cawan

Air asam jawa 1 sudu besar

Belacan sedikit 1 sudu kecil

garam, perisa dan gula secukupnya


Tumbuk atau blender bawang putih dan merah hingga hancur

Panaskan 3,4 sudu besar minyak, tumis bawang tumbuk hingga wangi, masukkan cili blender

secukupnya, masukkan air sedikit dan kacau atas api perlahan hingga pecah minyak...

Masukkan air asam jawa dan belacan, kacau lagi...jika kering sangat tambah air...

Masukkan ayam goreng dan bawang besar hiris....

Masukkan gula secukupnya, garam dan perisa...

jika suka boleh masukkan tomato hiris...

kacau hingga rata...bolehlah dihidangkan dengan nasi putih atau nasi lemak




Entri Sambal Ayam Ulangsiar dari https://ift.tt/3jWQM54
Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Labels


Umi Ayu Cake dan Biskut

Blog Archive

Powered by Blogger.

- Copyright © Umi Ayu Cake dan Biskut -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -