Posted by : Unknown Tuesday, 15 September 2020


Assalamualaikum,
Resepi Bengkang Ubi Kayu dari DTS...sedaaaap sangat...


Jika ubi cantik pasti bengkangnya pun sedap...tambah pula resepinya pun dari sumber yang sangat-sangat boleh dipercayai....

Thanks MG for the recipe...memang sedap dan pasti akan keep the recipe dan turunkan hingga ke anak cucu kelak...:)


Jika nak cuba ini resepinya yang kkida perolehi dari blog DTS

500g parutan ubi kayu

(saya guna food processor aje....potong ubi kayu kecil-kecil 
dan blend hingga hancur...kemudian baru timbang)

70g kelapa parut putih

200g gula halus (saya kurangkan sikit gula...takut manis sangat...:)

2 sudu besar mentega cair

1/2 sudu kecil garam

2 sudu besar esen vanilla

250ml santan pekat

2 biji telur

pewarna kuning


Cara Membuatnya:

1) Campurkan ubi kayu dan kelapa parut dalam mangkuk besar

2) Campurkan lain-lain bahan dalam mangkuk berasingan dan pukul sebati hingga gula hancur...kemudian tuangkan bahan liquid ke dalam campuran ubi kayu dan kelapa....gaul rata.

3) Tuangkan batter kedalam bekas yang telah di sapu dengan minyak atau majerin atau butter...jika boleh guna bekas kaca atau non-stick baking pan...saya ikut cara encik MG iaitu guna aluminium foil...tapi mungkin kerana kandungan gula yang tinggi, bengkang melekat pada foil tersebut...

Pada pendapat saya lebih baik jangan guna aluminium foil...takut tak perasan sebab ia pasti akan terkoyak kecil dan melekat pada bingka....takut termakan sekali....bahaya pula terutama pada kanak-kanak...:)

4) Bakar pada suhu 190C antara 50 minit ke satu jam...saya bakar biasa sehingg 45 minit...kemudian ubah kepada gril sehingga bahagian atas keperangan...lagi perang lagi sedap...:)


btw, inilah rupa bengkang saya....taklah selawa bengkang dari dapur tanpa sempadan...tapi rasanya pasti tak larikan....:)

Selain bengkang...since ada lebih ubi kayu...saya rebus dan buat cucur goreng ubi kayu ni...selepas ubi dah direbus empuk, hancurkan atau blender, tambahkan kelapa, gula dan garam...bulat-bulatkan dan goreng dalam minyak panas (deep fry)


ubi kayu ni memang sedap di makan....tapi....

(repost from 2012)

Entri Bengkang Ubi Kayu Ulangsiar dari https://ift.tt/3bYHPW2
Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Labels


Umi Ayu Cake dan Biskut

Blog Archive

Powered by Blogger.

- Copyright © Umi Ayu Cake dan Biskut -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -