Archive for December 2014

Kuini Santan...

Musim kuini yang dah lama berlalu..., tapi baru nak masuk cerita dalam blog...








Ada sebatang pokok kuini yang ditanam oleh Arwah Ayah kat depan rumah. Alhamdulillah tahun ni berbuah agak banyak dan isinya sangat manis dan tak ada yang berulat. Sempat memberi rasa kepada jiran-jiran juga. Semoga mendapat sedikit keberkatan kepada tuan yang menanamnya.



Bila ada buah kuini yang masak serentak dalam 4- 5 biji memang ni je lah yang saya buat. Sebab semuanya suka. Kuini santan..., resepi drp arwah mak...



Bahan-bahan :



4 biji Buah kuini dikupas dan disincang isinya

4 sudu gula

secubit garam

2- 3 cawan santan segar atau santan kotak



Campurkan semua...








Simpan dalam peti ais hingga sejuk, baru makan..., sedappppp...





Entri Kuini Santan... Ulangsiar dari http://ift.tt/1GTtCBG

Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.
Thursday 18 December 2014
Posted by Unknown

Pulut Kuning...







Pulut Kuning makan dengan kari daging pekat, sambal tumis dan ulamkan timun...





Bahan-bahan



1 kg pulut

2 cawan santan pekat + 2 sudu garam + 2 sudu gula

kunyit serbuk

asam keping



Pulut di rendam dengan kunyit serbuk dan asam keping selama 2 hingga 4 jam

Kukus pulut selama 30 minit.






Arunkan dengan santan dan biar santan meresap.



Kukus lagi selama 20 - 30 minit.

Siap..












Entri Pulut Kuning... Ulangsiar dari http://ift.tt/1wkNw7r

Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.
Posted by Unknown

Popia Goreng n Homemade Sauce






Popia goreng ni mcm biasa sahaja resepinya...



Goreng sayur2 pilihan seperti kobis, carrot, cendawan, sengkuang, tauge dll yang disukai dengan bawang putih dan bawang besar, Perencahnya boleh letak udang yang dicincang. Jangan bubuh air masa masak, biar agak kering.



Lepas tu gulung dalam kulit popia dan goreng.



Sos Pencicah



15 biji lada merah dibuang biji

10 biji cili padi

3 ulas bawang putih

1/2 cawan gula

3 - 4 sudu cuka

garam



Mesin hingga halus cili dan bawang putih.

Masukkan dalam periuk dan masukkan gula cuka dan garam.

Sesuaikan rasanya.

Masak hingga pekat.











Entri Popia Goreng n Homemade Sauce Ulangsiar dari http://ift.tt/1wkNvQT

Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.
Posted by Unknown

Cekodok Sayur Cendawan...














Bahan-bahan



Tepung gandum

Sayur-sayur seperti carrot, kobis, cendawan tiram, kucai, tauge.

garam dan kunyit

telur.



Gaulkan semua dan agakkan kepekatannya. Jgn cair sgt.



Goreng dalam minyak panas...

Entri Cekodok Sayur Cendawan... Ulangsiar dari http://ift.tt/1wkNtbP

Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.
Posted by Unknown

Spaghetti Aglio Olio




Kesukaan Aman ni....



Resepi ringkas..., campak2 aje apa yang ada dlm peti ais... sukatan ikut agak2 sahaja la... macam masak mee goreng...



Bahan-bahan



1/2 paket Spaghetti di celur

1 bj bawang besar, 2 ulas bawang putih dan 7 biji cili padi atau chilli flakes dicincang halus

Perencah - seefood atau ayam

Sayur - carrot dan parsley atau apa shj.

Black pepper

minyak zaitun

parmesan cheese (kalau suka)



Cara-cara



Panaskan minyak, tumiskan bahan cincang hingga naik bau. Masukkan perencah dan kacau sebentar.

Masukkan 1/2 cwn air dan tunggu mendidih, masukkan spaghetti yang dicelur dan sayur.

Kacau sebentar, sesuaikan rasa.

Tutup api dan taburkan cheese dan kacau rata...










Entri Spaghetti Aglio Olio Ulangsiar dari http://ift.tt/1J6ONnW

Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.
Posted by Unknown

Roti Telur Cheese







Menu sarapan pagi yang ringkas...



Roti keping

cheese keping

telur - di pukul sedikit

marjerin



Panaskan pan, letak sedikit marjerin.

2 keping roti, letak cheese di tengahnya.

Celup dalam telur dan goreng dalam pan,

Terbalikkan di sebelah lagi dan goreng kekuningan...








Entri Roti Telur Cheese Ulangsiar dari http://ift.tt/13eBnp1

Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.
Posted by Unknown

Nasi Kashmiri dan Chiken Tikka Masala...

Makan nasi ni masa kami di Melbourne baru ni. Makan dekat satu kedai Indian restaurant, dekat dengan Elizabeth Street. Asal tuan kedai tu katanya daripada Singapore. Sedapnya rasa..., so balik je sini, godek2 resepi, dan cuba.... memang sedap...








Bahan-bahan Nasi Kashmiri



4 cawan beras basmathi, di rendam

1 biji bawang besar, 1 ulas bawang putih dan sedikit halia di cincang halus.

4 sudu minyak masak

Rempah 4 sekawan dan 1 sudu jintan halus.

1 cawan susu cair + sedikit saffron

1/2 cawan kismis

sedikit badam/ gajus digoreng sekejap.

3 1/2 cawan air



Cara-cara



1) Panaskan minyak, tumiskan bahan yang dicincang. Masukkan rempah 4 sekawan dan jintan dan kismis. Goreng hingga naik bau dan sedikit kekuningan.



2) Masukkan beras dan gaul mesra dahulu.



3) Alihkan dalam rice cooker, masukkan beras, air dan garam.



4) Biarkan hampir kering, masukkan susu dan badam.



Masak hingga kering.











Chikken Tikka Masala



1/2 ekor ayam, potong kecil-kecil

1 biji bawang besar + 3 ulas bawang putih + 1 in halia, separuh di mesin, separuh lagi dihiris halus.

1 sudu rempah kari daging + 1 sudu rempah kurma + 1 1/2 sudu serbuk cili

1 cawan tairu - 1 cawan susu cair + 1/2 biji air limau nipis/ 2 biji limau kasturi

1 sudu kecil rempah masala ( kat rumah tak ada, saya guna rempah nasi arab...)

Minyak sapi + minyak sayur untuk menumis

Lada hijau atau capsicum potong kasar.



Cara-caranya



1) Tumiskan bahan hiris hingga naik bau.



2) Bahan mesin + rempah2 dan di gaul sebati.



3) Masukkan bahan rempah dan dikacau hingga agak garing sedikit.



4) Masukkan ayam dan biar seketika hingga mesra.



5) Masukkan tairu. Kalau perlu, masukkan sedikit air. Masukkan capsicum. Masak hingga kuah sedikit pekat. Sesuaikan rasa. letak sedikit gula.







Entri Nasi Kashmiri dan Chiken Tikka Masala... Ulangsiar dari http://ift.tt/13eBpNA

Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.
Posted by Unknown

Sira Labu..




Teringat pulak kat Sira Labu..., selalu k Azura yg bawak. K Dah yg masakkan. (Hai K Dah..., kalau k Dah ada baca...)



Terlupa nak tanya resepi ngan K zura..., so redah kat internet je... dan edit mana yang perlu...






Mudah rupanya buat Sira Labu ni...



1/4 biji labu, kopek kulit dan potong iku suka. Rendam dlm air kapur. (Tp sy x buat...)

1 keping kecil gula melaka yang bentuk bulat



Ada org masakkan atas api yang kecil, tapi saya kukus, sebab mcm lagi senang, tak perlu risau labu akan hangus...






Kukuskan 20 - 30 minit hingga labu lembut...













Entri Sira Labu.. Ulangsiar dari http://ift.tt/1wH8tt9

Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.
Posted by Unknown

Popular Post

Labels


Umi Ayu Cake dan Biskut

Powered by Blogger.

- Copyright © Umi Ayu Cake dan Biskut -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -