Posted by : Unknown Friday, 18 September 2020

Sebut saja nak makan apa untuk sarapan, pasti terbayangkan nasi lemak...my mum dan mak mertua mempunyai cara mereka sendiri bagi menyediakan nasi dan sambal nasi lemak...

My mum suka tambahkan sedikit lada hitam manakala mak mertua pula lebih suka letak sedikit jintan dan halba....namun kedua-dua resepi memang sedap...

Tetappi, apa yang membuarkan nasi lemak lebih sedap lagi adalah sambalnya, bukan hanya nasi...sambal adalah pelengkap kepada nasi lemak yang sedap...begitu juga sebaliknya...

Menyediakan sambal nasi lemak ada pelbagai cara...dan ini adalah cara Opah (my mum) sediakan sambalnya yang sedap itu...

 
Resepi sambal nasi lemak ibu saya;

Kisar semua bahan iaitu bawang besar, bawang putih dan cili kering (rebus dulu) dengan sedikit air...

Panaskan minyak (banyak) dan tumis bahan blender hingga wangi dan biarkan mendidih/renih dengan api perlahan agak lama sehingga pecah minyak dan hilang bau cilinya (dalam satu jam)

 Kemudian masukkan sedikit belacan, ikan bilis tumbuk dan air asam jawa, garam...masak lagi dengan api perlahan...

Masukkan gula merah agar terasa manisnya (sambal yang sedap rasanya manis, masam, masin dan tidak terlalu pedas) dan tambahkan sedikit perisa ikan bilis...

hidangkan dengan nasi lemak panas....

Selamat mencuba, terima kasih sudi layari blog ini...

(repost from 2010)

Entri Sambal Nasi Lemak Opah Ulangsiar dari https://ift.tt/33ElkSC
Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Labels


Umi Ayu Cake dan Biskut

Blog Archive

Powered by Blogger.

- Copyright © Umi Ayu Cake dan Biskut -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -