Posted by : Unknown Tuesday, 15 September 2020

 
Roti yang disapu majerin dan ditabur gula, rangup diluar dan lembut di dalam...jom cuba buat... 


Bahan2

Sebuku roti, 

Sebekas margarine, 

Sepeket gula perang halus, 

serbuk kayu manis...

itu sahaja bahannya...:)


Potong kulit tepi roti...campurkan sedikit serbuk kayu manis ke dalam gula perang dan gaul rata...


alas bekas tahan panas (tin utk bakar kek pun boleh) dengan kertas aluminium...


Sapu margarine pada kedua-dua permukaan roti sepenuhnya, 

taburkan gula perang hingga rata...

(nak mudah letak gula perang dalam bekas lebar, kemudian tekap aje roti atas gula tu)

Susun roti atas aluminium foil...buat hingga habis...hasilnya adalah seperti foto di atas...

bila dah susun kemas sapu marjerin rata-rata bahagian atas dan tepi kiri kanan roti....

kemudian taburkan gula atas dan tepi kiri kanan 

(untuk memudahkan kerja, guna silicone spatula yang lembut tu)


Bakar dalam preheated oven pada suhu 190C selama 20 ke 30 minit atau sehingga roti kelihatan keperangan....jika bakar lebih lama ia akan lebih crunchy...

Hasilnya, bahagian dalam lembut luar garing...enak sangat rasanya...keluarkan dari oven dan hidang terus masa tengah hangat tu (potong tengah roti jika lebar sangat)...tarik keluar satu-satu dan terus makan, kawankan dengan kopi panas...pasti ump!!!


(repost from 2014)

Entri Roti Margarine Crispy Ulangsiar dari https://ift.tt/QTwZFZ
Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Labels


Umi Ayu Cake dan Biskut

Blog Archive

Powered by Blogger.

- Copyright © Umi Ayu Cake dan Biskut -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -