Archive for January 2014

Butter Cake

Butter Cake Perkongsian Resepi. Kongsi Link Resepi Menarik dan Terkini dari Laman My Resepi.

Resepi bonda. Siap dalam masa 30 minit.

Sila Rujuk http://ift.tt/1njtZOY untuk resepi lengkap.
Wednesday 29 January 2014
Posted by Unknown

Butter Cake

Butter Cake Perkongsian Resepi. Kongsi Link Resepi Menarik dan Terkini dari Laman My Resepi.

Resepi bonda. Siap dalam masa 30 minit.

Sila Rujuk http://ift.tt/1njtZhY untuk resepi lengkap.

syabas





wahai Syabas , apalah masalahnye....selang sebulan mesti putus bekalan air kat rumah saya ni...tak habis habis dengan masalah sana bocor sini pecah....hmmmm....cam mana tak bocor dan pecah paip bawah tanah tu...asyik ada je kerja korek mengorek dan gerudi menggerudi...tak habis-habis nak bina itu ini...tak pernah satu saat pun kawasan ini lengang dari kerja-kerja construction...banyak benolah yang korang nak bina wahai syarikat-syarikat gergasi sekalian...



kami ni rakyat biasa dan orang biasa aje....makan pun roti canai banjir je...kami tak perlukanlah segala pembinaan yang menyusahkan ini....bukannye memudahkan malah menyusahkan...mandi pun belum lagi ni....dah kering dah ni....



bila call Syabas, depa tanya kira balik "belum dapat air lagi"



yelah, kalau dah ada air takdalah orang call awak....pastu berbagai alasanlah yang mereka beri....yang kita blurr ni mengiakan ajelah....habis nak kata apa lagi....nak jerit kat dalam telepon pun takda gunanye....kalau dekat pasti dah gaduh tarik rambut guling-guling atas lantai....huhu...



geram sangatlah....almost every week ada je hari yang tak berair kat rumah ni....



depa kata kerja pembaikan paip dah selesai....tapi ngapa belum ada air lagi hingga la ni...






kalau takda air lagi, nampaknye makan apam manis cicah susu ajelah tengahari ni....hehe...sedap juga kan....




atau beli best popia in town ni kat taman tun....kenyang juga...rendah lemak kurang kolesterol...




apa yang kkida merepek ni....:)



panas ni...panas hati dan panas badan sebab tak mandi lagi....:\



Entri syabas Ulangsiar dari http://ift.tt/MdgrWZ

Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.

Roti gulung kaya

Roti gulung kaya Perkongsian Resepi. Kongsi Link Resepi Menarik dan Terkini dari Laman My Resepi.

Idea sendiri,mudah, jimat bajet^_^*

Sila Rujuk http://ift.tt/L1YlGr untuk resepi lengkap.
Monday 27 January 2014
Posted by Unknown

malang tidak berbau...





ungkapan ini bukan saja direka oleh orang dulu-dulu...memang betul, kita tidak mampu menghidu malang atau untung...Allah Taala sahaja yang mengetahuinya....jika kita boleh hidu, tidak berlakulah perkara yang yang menimpa kawan baik Aiman...Shafiq...



nak salah sapa? salah tuan rumah kenduri? salah tukang pasang kemah?



jika kita tanya tokeh kemah pastu dia akan kata perkara tersebut tidak dijangka, ia diluar kawalan mereka dan sebagainye....sebenarnya musibah ini boleh dielakkan jika manusia punya rasa tanggungjawap...buat kerja biarlah ikhlas dan bukan ambil ringan...jangan bila dah terantuk baru nak tergadah....nasib baik tak kena tang mata atau tengkuk...Nauzubillah tak mampu nak bayangkan...:(







selama hari muka elok tak berparut...tapi dek kerana kecuaian orang lain, shafiq terpaksa menanggung akibatnya hingga bila-bila...yelah memang itu semua suratan dan takdir yang perlu kita terima dan redha...tetapi Allah swt suruh kita berusaha sebaik mungkin, pastu baru kita berserah pada NYA...



pasti ada yang tertanya, apa yang kkida bebelkan ni...:)



ceritanya begini...hari sabtu lalu shafiq ambik gambar orang kawin...mungkin nasib dia tak baik, tetiba kipas kemah atas kepalanya yang tengah berpusing ligat terjatuh dan bilah kipas tersebut melibas pipi shafiq (foto atas)...walaupun cederanya sikit aje, namun kena 5 jahitan jugalah...dan doktor kata parut tersebut akan lekat kat situ hingga bila-bila...



itu kena kat pipi, kalau kena kat mata cam mana? atau libas kat tengkuk?









foto bawah ni kkida ambil tadi, shafiq datang rumah nak jumpa aiman...heh ngeri kita nengoknye...






bila tengok camni, kkida pun rasa cam risau aje bila ingatkan yang sekarang ni semua kemah kenduri kendara guna kipas yang tergantung atas kepala kita...huhu...



shafiq kata tadi, kipas yang jatuh tu hanya diikat dengan dawai dan bukan screw....ada 7 buah kemah semuanya, cuma kemah tersebut aje yang tak bersekru (mungkin screwnye habis)....tuan rumah perasan yang kipas tu lain macam aje pusingnye...tapi mungkin dia pun tak menyangka yang perkara tersebut akan berlaku...



hati-hati ok, malang tak berbau....



Entri malang tidak berbau... Ulangsiar dari http://ift.tt/Leod2C

Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.

Lemang ubi kayu

Lemang ubi kayu Perkongsian Resepi. Kongsi Link Resepi Menarik dan Terkini dari Laman My Resepi.

Dari buku baru beli tak pernah dengar kuih ni jadi i try.Menjadi dan sedap.

Sila Rujuk http://ift.tt/1f0xZiW untuk resepi lengkap.

ayam panggang simple

ayam panggang simple Perkongsian Resepi. Kongsi Link Resepi Menarik dan Terkini dari Laman My Resepi.

Masakan dan bahan yg mudah jer

Sila Rujuk http://ift.tt/1foPxEi untuk resepi lengkap.

Puding Roti Kismis

Puding Roti Kismis Perkongsian Resepi. Kongsi Link Resepi Menarik dan Terkini dari Laman My Resepi.

Sebagai pencuci mulut dan masakan mengambil masa 30 minit. Resepi ciptaan sendiri.

Sila Rujuk http://ift.tt/1lc4Gjq untuk resepi lengkap.
Sunday 26 January 2014
Posted by Unknown

KASWI LAPIS ALA NOXXA

KASWI LAPIS ALA NOXXA Perkongsian Resepi. Kongsi Link Resepi Menarik dan Terkini dari Laman My Resepi.

MUDAH..CEPAT ...

Sila Rujuk http://ift.tt/1l0JmNG untuk resepi lengkap.
Thursday 23 January 2014
Posted by Unknown

♥Kuih Lapis Ubi Pelangi™

♥Kuih Lapis Ubi Pelangi™ Perkongsian Resepi. Kongsi Link Resepi Menarik dan Terkini dari Laman My Resepi.

Sesuai dimakan bila2 masa saja... :)

Sila Rujuk http://ift.tt/1mbRKIp untuk resepi lengkap.

Butter Cookies

Butter Cookies Perkongsian Resepi. Kongsi Link Resepi Menarik dan Terkini dari Laman My Resepi.

My favourite cookies!

Sila Rujuk http://ift.tt/1inesgp untuk resepi lengkap.

Butter Cookies

Butter Cookies Perkongsian Resepi. Kongsi Link Resepi Menarik dan Terkini dari Laman My Resepi.

My favourite cookies!

Sila Rujuk http://ift.tt/KH06st untuk resepi lengkap.

Tiramisu With Marie Biscuits

Tiramisu With Marie Biscuits Perkongsian Resepi. Kongsi Link Resepi Menarik dan Terkini dari Laman My Resepi.

Its a simple desert but its absolutely delicious!

Sila Rujuk http://ift.tt/1f40Kfh untuk resepi lengkap.
Wednesday 22 January 2014
Posted by Unknown

ayah...

24 january 2014 tolak 24 january 1987 = 27 tahun...:) setiap kali tarikh ini menjelma ia akan membawa minda kkida kembali ke tahun tersebut...kenangan mengusik jiwa gitu....tapi tu kkida ajelah....hubby kkida takda nak feeling-feeling cam kkida ni...bila kkida tanya dia buat-buat lupa...:)



kkida diijabkabulkan di rumah opah (mak kepada my mum) oleh ayah kkida sendiri...kampung opah kkida tu terletak di Lubuk Merbau...kini opah yg kami nikah tu pun dah takda...dah jadi highway...opah dan mak saudara yang bersusah payah mengendalikan kenduri kkida tu pun dah lama meninggal dunia...juga ayananda kkida...



tujuan kkida buat entri ni sebenarnya bukanlah nak mengingati tarikh anniversary kkida tu sangat...kkida sebenarnya terkenang akan Allahyarhan ayahanda kkida....anda pasti perasankan kkida jarang sangat sebut tentang ayah kkida kat dalam blog ni...bukan kkida tak ingat pada arwah ayah kkida tu...kkida sentiasa ingat...cuma cara mengingatinya berbeza....Al-Fatihah...:'|






kini telah hampir 20 tahun arwah pergi (september ni)....dia sempat tengok anak kkida nombor 3 aje, iaitu ajwad....masa arwah meninggal, kkida sedang hamilkan aiman 5 bulan...dan aiman akan genap 19 tahun beberapa hari aje lagi...:)



jika nak cerita tentang kesusahan dan kesedihan lalu memang tak akan habis sampai esok pagi...boleh berambu-rambu airmata ni nanti sambil menaip...:) ...kkida telah lama lupakan pedih dan perih kisah lampau, kisah bagaimana kedua ibubapa kkida berhempas pulas mencari rezki bagi membesarkan anak-anak agar menjadi manusia yang berguna....



oleh kerana kkida yang mula bekerja sebaik tamat sekolah menengah...kkida tak kemana...dok rumah aje dengan mak ayah sampai kkida menikah...so memang kkida lebih tahu banyak perkara/cerita berbanding yang lain...itu adalah hakikatnya...



kini yang tinggal hanya kenangan....mak kkida hampir 69 tahun usianye june ni...sekali sekala mak suka sembang dengan kkida kesah lama....dan sekali sekala dia akan mengalirkan airmata...

yelah...hanya dia yg tahu kenapa (kkida juga)...tu sebab my mum banyak habiskan masa dengan kkida kerana memori tersebut akan terus terpahat di hati hingga akhir hayat beliau...



buat ayahanda....ida tahu ayah bahagia di sana kerana ayah amat taat pada perentah agama serta anak-anak yg senantiasa mengingati ayah dalam solat dan doa mereka....:')



baru-baru ni adik kkida nor mimpikan ayah...katanya...ayah angguk, senyum dan peluk dia sebelum berlalu pergi...:')



lagu ni hanyalah sebagai hiburan....senikatanya menggambarkan bagaimana seorang anak mengingati kasih sayang seorang ayah terhadap keluarganya hingga akhir hayat beliau...:'/







Entri ayah... Ulangsiar dari http://ift.tt/1mAAE74

Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.
Tuesday 21 January 2014
Posted by Unknown

kuih kaswi

kuih kaswi Perkongsian Resepi. Kongsi Link Resepi Menarik dan Terkini dari Laman My Resepi.

Masakan yg mudah...

Sila Rujuk http://ift.tt/1ekzZSW untuk resepi lengkap.

Scones

Scones Perkongsian Resepi. Kongsi Link Resepi Menarik dan Terkini dari Laman My Resepi.

Lebih kurang 30 minit je tuk dsediakan... Mudah dan lazat..;)

Sila Rujuk http://ift.tt/1mjT7BY untuk resepi lengkap.
Monday 20 January 2014
Posted by Unknown

Resipi Kek Pisang Coklat Ceria

Resipi Kek Pisang Coklat Ceria yang rangup diluar, lembut di dalamnya patut dicuba jika ada pisang. Pisang tak kira pisang apa, pisang tanduk pun boleh, cuma kena lecek habislah. Dalam resipi ini, boleh dijadikan kek muffin atau kek pisang biasa. Jom cuba!



Bahan-bahannya:

2 cawan tepung gandum

1 sudu teh serbuk penaik

1 sudu teh soda bikarbonat

5 sudu gula

2 sudu makan susu tepung

secubit garam

3 biji telur ayam

1 cawan minyak masak/canola/mentega yang dicairkan

3-6 biji pisang yang telah masak (ikut saiz)

3 sudu makan serbuk koko



Kaedahnya:


1. Satukan dan gaulkan tepung gandum, serbuk penaik. soda bikarbonat dan susu tepung, kemudian pecahkan telur




2. Gaulkan telur bersama gula dan garam




3. Tuangkan minyak, gaul sampai sebati.




4. Kemudian masukkan pisang yang dilenyek. Gaul sampai sebati




5. Bahagikan kepada dua bahagian, satu bahagian digaulkan dengan serbuk koko




6. Tuangkan ke dalam muffin cup atau loyang jika hendak buat kek. Tuang selang seli atau ikut kreativiti masing-masing. Bakar muffin dengan suhu 175'C selama 20 minit atau jika buat kek, dalam 35-40 minit.




9. Siap dihidangkan panas atau untuk sarapan pogi yang menyihatkan

SELAMAT MENCUBA







Entri Resipi Kek Pisang Coklat Ceria Ulangsiar dari http://ift.tt/1cKF1Em
Posted by Unknown

pasar ayam...






Assalamualaikum,

dah hari isnin...dan dah dekat nak sebulan kita melalui tahun 2014...



cerita travel kak ida belum habis lagi....sebenarnya kkida banyak habiskan masa kat bandar Yangshuo berbanding Guilin...Yangshuo terletak lebih kurang 80km dari bandar guilin...pejalanan dengan kereta mengambil masa sejam setengah...since kkida ambil package flight dan hotel melalui airasia...so kkida tak boleh check in check out sembarangan...so terpaksalah kkida menginap di Yangshuo selama lima malam tu....tapi sebenarnya memang inilah bandar tumpuan pelancung....pekan lama yang cantik...terletak di tepi sungai Li yang terkenal itu...







selepas jalan-jalan kat kampung Fuli, tour guide kak ida ajak tengok pasar pula...mulanya kkida malas gak, yelah kalau dah pasar mesti ada jual benda tukan...namun bila sampai kat pasar tu, interesting juga...cara depa meniaga ayam memang stail tok nenek kita dulu-dulu...depa letak ayam itik dalam raga....jual hidup-hidup...sapa nak beli, angkat sekor dan bawa balik....cam mana depa potong ayam tu, Wallahhuallam...



ayam-ayam ni semua penjual bela sendiri, lebih kurang cam ayam kampung gitu....harganya Subhanallah...mahal kemain, boleh cecah 50 henggit sekor...nak tersedak kkida dengar...huhu....memang tak makan ayam le gamaknye jika harganye camtu kat kolumpo ni...



habis tu, mana nak laku sangat...kkida tengok takdalah ramai sangat orang beli ayam-ayam tu...kita pun terasa mahalnya inikan pula orang tempatan...



daging lagi murah kat sana....terutama daging vavi tu...hehe...






itik pun ada, sedap ni buat kari...bila tengok raga camni, ia mengimbau zaman kanak-kanak kkida dulu....tok kkida kalau nak tangkap ayam buat gulai (dulu mana ada ayam pekan, nak makan ayam kena bela sendiri) dia akan buat perangkap guna raga camni, tapi mulut raga tok kkida tu besar lagi...caranya, dia akan tompang raga tu dengan kayu dan kayu tu diikat tali...taburkan dedak bawah raga tu...bila ayam tu leka aje patuk makanan cepat-cepat tarik tali supaya kayu tompang raga tu jatuh...ayam tu akan terperangkap dalam raga....



seronok betul jika ayam tu masuk perangkap...memang manis bila ingat kisah dulu-dulu...walaupun serba kekurangan tapi semua kenangan tersebut tak mungkin kkida lupakan....:)








Yangshuo bandar petani....memang kampung habislah...semua sayuran yang jual kat pasar depa tanam sendiri...cer tengok cili hijau besar tu...geram aje kkida tengok....mesti sedap kalau buat jeruk cili....makan dengan mee goreng mamak atau mee rebus atau tabur atas nachos...yummy...






ubi kayunye sepesen aje....ukuran hampir sama...dan bawang besar ni cantik sangat...besar sangat ni...dua kali ganda saiz bawang besar yang jual kat tesco tu...hehe....dan timun tu....gilerr besar...terkejut kkida tengok mula-mula...nak makan camna timun besar camtu...









kulit kayu manis dan bunga lawang...dan bermacam jenis herba dan rempah ratus terdapat kat pasar tu...






selain tu kat pasar tu ada juga jual hasil tukangan dan bakul-bakul...nampak tak dulang tampi yang bulat lebar tu...depa masih guna cara tradisi untuk tampi beras...dan bangku kayu tu pun comel aje....kalau dekat nak kkida beli bawa balik mensepuluh...











dan kayu kandar ni...memang banyak dijual kat pasar ni...ingat tak entri kkida sebelum ni yang berkaitan dengan kayu pengandar ni...:\







nenek ni beria marah kkida sebab ambik gambar dia...:)....takpalah nek...saya nak share gambar nenek yang rajin ni dengan blog reader saya...



dia kata dia tak suka nak glamer glamer....bukannye muda lagi dan dah tak lawa dah, katanye lagi....:)

(tu kkida aje yang tokok tambah...apa dia cakap pun kkida tak paham...lol)



Entri pasar ayam... Ulangsiar dari http://ift.tt/LESBDP

Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.

Ayam Sambal Berserai

Ayam Sambal Berserai Perkongsian Resepi. Kongsi Link Resepi Menarik dan Terkini dari Laman My Resepi.

Resepi yang saya kongsi ni resepi keluarga ; turun temurun daripada atuk saya . Tempoh memasak dalam 45 minit - 1 jam Boleh dimakan dengan nasi putih atau pun nasi impit. Memang sedap kerana rasanya yang masam masin .

Sila Rujuk http://ift.tt/LASngS untuk resepi lengkap.
Sunday 19 January 2014
Posted by Unknown

Kuah Kacang Sedap Tak Agak2

Kuah Kacang Sedap Tak Agak2 Perkongsian Resepi. Kongsi Link Resepi Menarik dan Terkini dari Laman My Resepi.

belajar dr sorang pakcik kat opis. punyalah lama pujuk dia share resepi ni. Last2 dapat gak. rasa tertipu pn ada sebab bahan2 dia simple gile! bila dh buat sdiri baru percaya. bahan ringkas tp hasilnya mabeles. tengah taip ni pun merecik2 air liur bayangkan kesedapannya (melampau nau). setelah dpt greenlight dr pakcik tu ni sy share resipi kuah kacang dia. mkn dgn nasi impit, tauhu sumbat, cucur udang etc.. pergh!

Sila Rujuk http://ift.tt/KsPRYD untuk resepi lengkap.

AyaM BBQ Special

AyaM BBQ Special Perkongsian Resepi. Kongsi Link Resepi Menarik dan Terkini dari Laman My Resepi.

Resepi sendiri, senang di buat dan sangatx2 sedaap!! :-D

Sila Rujuk http://ift.tt/LjDw9P untuk resepi lengkap.
Saturday 18 January 2014
Posted by Unknown

black pepper beaf

black pepper beaf Perkongsian Resepi. Kongsi Link Resepi Menarik dan Terkini dari Laman My Resepi.

Resipi ikut2an dr maklong

Sila Rujuk http://ift.tt/1dDQGL2 untuk resepi lengkap.

perkampungan Fuli









inilah kehidupan mereka....jika lihat pada photo-photo ni, pasti dapat kita bayangkan bagaimana mereka mencari rezki bagi meneruskan kehidupan harian...kat negara kita sekarang ni memang payah dah nak nampak orang angkut barang dengan cara menggalas atas bahu seperti ni...masa kkida kecil dulu pernah juga nampak....tapi lama dulu...masa tu tak paham apa pun lagi...



kini dalam usia separuh abad, kkida berpeluang melihat keadaan yang serupa...begitu juga dengan anak-anak yang ikut...elok juga....:)



dalam kita menikmati kesenangan dalam kehidupan, di bahagian lain muka bumi ini ada manusia yang mencari rezki umpama kais pagi makan pagi kais petang makan petang...lihatlah wanita dalam foto atas tu, rambutnye telah memutih....kkida rasa usia beliau lebih 60 tahun....tapi kederatnye cukup kuat....menggalas lobak putih dari bawah untuk di hantar ke pasar berhampiran...:(






sebelum tu lobak tersebut di cuci dalam air panas ini yang terbit dari perut bumi...jernih airnya...sedap jika dapat berendam sejuk-sejuk tu...







wanita ini pula mengandar kayu api....mungkin untuk dijual atau kegunaan sendiri...bila terpandang pada dua wanita tua ini...terasa sedih dan kesian dalam hati kkida...terasa beruntungnye diri ini....tak perlu bersusah payah seperti mereka untuk mencari sesuap nasi....Syukur Alhamdulillah atas nikmat yang Allah swt berikan buat kita semua di bumi tanah melayu yang tercinta ini...:)



menganga gak dua anak kkida tu tengok bagaimana gigihnye wanita tersebut mengandar beban seberat itu...boleh rebeh bahu dalam jangkamasa panjang...tak hairanlah bila kkida lihat majoriti warga tua mereka bongkok, ada yg terlipat hingga 90 darjah...:\






daerah ini adalah sebuah perkampungan lama...Fuli...ia terletak 8km dari pekan Yangshuo...sejarah kampung ni melebihi 800 tahun...dan kampung ni terkenal dengan pembuatan kipas kertas tangan oleh penduduk tempatan...










nenek tua dan suaminya ni telah buat kipas berpuluh tahun, dari muda hingga ke tua...usianya menghampiri 80 tahun...kkida suruh tourist guide tanya bila nenek ni nak berhenti buat kipas, nenek tu kata selagi terdaya dia akan terus buat kipas...lagipun katanya jemu duduk diam tak buat apa...dia ada 4 orang anak...masa zaman dia, tiada sekatan untuk beranak ramai....so kira senang jugalah, sebab ada ramai anak...makan minum tak susah...buat kipas hanya untuk mengisi masa lapang...






perkampungan lama Fuli ni memang cantik...menurut sejarah, ramai penduduk dari utara negara cina melarikan diri ke bandar ini semasa zaman perang cina jepun...dan akhirnye mereka terus menetap di bandar tersebut...dan bandar ini memang salah satu destinasi pelancung jika ke Yangshuo....musim lain selain musim sejuk memang penuh dengan mat saleh...






kawasan ni baru siap dibina, cantik....sungai pun jernih....saujana mata memandang...dan satu kkida perhatikan mereka amat menjaga kebersihan (selain suka meludah...hehe...)....nampaknye mereka lebih bersiplin dari kita dalam bab menjaga kebersihan tempat awam camni...:\








deretan kedai lama menjual panting, pinggan mangkuk lama, shawl, pakaian dan macam-macam lagi...









ada orang jual pelbagai jenis kekacang...kkida pun tanya harga...mahal kemain, memang depa semelih kita cukup-cukup...takpalah....nak rasa gak...suruh dia timbang 500g kacang almong, pecan dan berangan....tapi tu lah...mereka dasar suka menipu....depa guna penimbang elektronic dan kkida nampak 500g kat penimbang tu...



...namun penimbang tu dah mereka bega....depa ingat kita tak tau gamaknye 500g tu cam mana beratnye...:) ...bila kkida kata tak cukup 500g...dia suruh kkida tengok kat timbangan tersebut...yelah...memang tulis 500...tapi quantiti yang dia bagi bukan 500...oleh kerana payah nak berkomunikasi kkida pun beredar dari situ...malas nak layan...






ok stop jap....ada lagi...




Entri perkampungan Fuli Ulangsiar dari http://ift.tt/1dDt7lH

Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.

Popular Post

Labels


Umi Ayu Cake dan Biskut

Blog Archive

Powered by Blogger.

- Copyright © Umi Ayu Cake dan Biskut -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -