Archive for August 2020

Belajar Buat Cupcake di Youtube


Belajar membuat cupcake lebih mudah dan senang dengan hanya menonton di youtube. Anda tidak perlu lagi menghadiri kursus membuat kek dan cupcake dan membazirkan wang dengan membayar kos/yuran yang mahal..sebaliknya anda hanya perlu mempunyai talian internet dan melayari youtube sahaja. 

Walaubagaimanapun belajar dari youtube semata-mata ada juga sedikit kekurangan namun begitu banyak kelebihan yang dapat diperolehi dengan hanya menonton video berkenaan cupcake dan sebagainya.

Antara video "bagaimana cara membuat cupcake yang popular di youtube" yang ingin saya kongsikan di sini seperti;

1. Mycupcake Addiction

Mycupcake Addiction merupakan video tutorial cara membuat kek dan cupcake yang amat kreatif, disamping anda dapat belajar teknik dan cara menghasilkan cupcake yang lain dari yang lain.

https://www.youtube.com/user/MyCupcakeaddiction

2. Dapur Biru

Dapur biru antara yang menarik perhatian saya bukan setakat resepi cupcake sahaja, malah pelbagai resepi masakan lain juga turut di ketengahkan.




Entri Belajar Buat Cupcake di Youtube Ulangsiar dari https://ift.tt/3gbMRiw
Friday 21 August 2020
Posted by Unknown

CARA MEMBUAT CUPCAKE OREO VIRAL !!


Cupcake Oreo antara resepi yang paling senang untuk disediakan kerana ia tidak memerlukan bahan yang banyak. Anda cuma perlukan bahan2 berikut:

1.  Susu Full Cream (1 kotak)


2.  Dua bungkus biskut Oreo

Cara-cara menyediakan cupcake oreo;

1) Masukkan ke dua -dua bahan ke dalam blender ..blend sehingga hancur/sebati.



2) Kemudian masukkan ke dalam cawan cupcake dan kukus selama 15 minit. Dah masak..keluarkan dan tunggu sejuk dulu baru hidang!!

Selamat Mencuba 😀👌






Entri CARA MEMBUAT CUPCAKE OREO VIRAL !! Ulangsiar dari https://ift.tt/3gfiFmw
Posted by Unknown

Cupcake Kukus Moist #Senang dan Mudah


Asssalamualaikum, hari ini saya ingin berkongsi resepi cupcake kukus yang mudah dan senang disediakan..sesuai untuk makan waktu petang.

Untuk menyediakan cupcake kukus ini, anda perlu bahan-bahan berikut;

Bahan-bahan :

2 biji telur gred B
2 cwn gula castor
1 cwn serbuk koko
1 cwn minyak
1 cwn susu cair / susu segar / susu full cream
½ sudu teh garam
2 cwn tepung gandum
2 sudu teh soda bikarbonat
2 sudu teh baking powder
1 cwn air panas

Cara-cara Menyediakannya;

1. Putar semua bahan mengikut urutan dari atas sehingga sebati.

2. Kukus selama 30-35 minit saja. Nak bakar pun boleh.

Selamat mencuba!

Entri Cupcake Kukus Moist #Senang dan Mudah Ulangsiar dari https://ift.tt/39RzTEU
Tuesday 4 August 2020
Posted by Unknown

Popular Post

Labels


Umi Ayu Cake dan Biskut

Powered by Blogger.

- Copyright © Umi Ayu Cake dan Biskut -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -