Archive for February 2016

Churros


Baru ada kesempatan nak cuba.....

Memang sedap rasanya, lemak2 rangup... yang ni versi malas, tabur gula icing je, takde dip coklat pun... mula-mula buat guna nozzle bintang, tapi yang ade saiznya kecik.... lambat benor nak habis.
Sudahnya tak payah nozzle, gunting je hujung piping bag....




Bahan-bahan :

2 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
2 biji telur

2 cawan air
2 sudu butter
2 sudu gula pasir
1 sudu teh garam
1 sudu teh esen vanila

Cara-cara :

1. Dalam periuk, panaskan minyak + garam + gula + butter hingga mendidih.

2. Ayak tepung dan baking powder, masukkan dalam periuk apabila air sudah mendidih, kacau segera. Atau masukkan sedikit demi sedikit sebab adunan mudah bergentel. Masak seketika dalam 2 - 3 minit lagi.

3. Tutup api.

4. Pecahkan telur dan kacau sebentar. Masukkan dalam adunan tepung tadi dan kacau segera.

5. Biarkan sebentar hingga agak sejuk sekejap sebelum dipaip dalam piping bag bentuk bintang terus ke dalam minyak yang dipanaskan.

6. Semasa mula paip adunan, kecilkan api. bila dah agak penuh kuali, baru letak api sederhana. Takut hangus semasa proses paip adunan.

7. Goreng hingga kekuningan. Saya makan dengan taburan gula icing sahaja.























Entri Churros Ulangsiar dari http://ift.tt/1Xrhim0
Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.
Sunday 14 February 2016
Posted by Unknown

Ayam Masak Bali...






Resepi ni saya cuba lepas lihat ramai orang share di FB. Pemunya sebenar nya dah tak ingat. Tapi terima kasih banyak, resepi yang sedap dan senang membuatnya. Tak perlukan bahan yang banyak.

Bahan-bahan :

1/2 ekor Ayam potong kecil, dikunyit garam dan digoreng hingga 3/4 masak.
4 btg serai dititik
10 tangkai cili kering
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
4 tangkai daun kari
kicap secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara-cara :

Blend cili kering dan bawang besar + bawang putih.
Panaskan minyak, dan masukkan serai dan daun kari dulu. Gorengkan sebentar.
Tumis bahan kisar hingga garing dan naik minyak.
Masukkan kicap hingga warna agak gelap sedikit.
Sesuaikan rasa, letak 1 sudu gula.

Jika terlalu pekat, letak 1/2 cawan air dan biarkan sebentar.
Masukkan ayam tadi, gaul rata dan hidang...







Entri Ayam Masak Bali... Ulangsiar dari http://ift.tt/1oaESYC
Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.
Saturday 13 February 2016
Posted by Unknown

Butter Chicken

Makanan yang simple tapi sedap...

Bahan-bahan :

Bahagian A : goreng ayam

1 mangkuk Isi ayam potong kecil-kecil
1 biji telur
1/2 sudu rempah kari
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
garam
1 sudu tepung gandum + 1 sudu tepung jagung
Minyak untuk menggoreng.

Campur semua bahan kecuali tepung. Gaul rata dan perapkan sekejap.
Panaskan minyak, golekkan ayam perap tadi dalam tepung dan goreng hingga garing.

Bahagian B : Sos Butter

2 sudu butter
5 ulas bawang putih cincang
3 tangkai daun kari
7- 10 biji cili padi potong halus
1/2 kiub pati ayam
1 cawan susu cair

Panaskan butter, tumis bawang putih, daun kari dan cili padi hingga naik bau.
Masukkan susu cair dan kiub pati ayam.
sesuaikan rasa, letak sedikit gula.
Masukkan ayam yang digoreng tadi.
Biarkan ada sedikit kuah yang agak pekat, kalau perlu tambah sedikit air.











Entri Butter Chicken Ulangsiar dari http://ift.tt/1oaEUQa
Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.
Posted by Unknown

Madinah


Assalamualaikum,
kkida nak sambung kisah perjalanan umrah kkida december lalu....setelah menginap tujuh malam di Makkah, kami bertolak ke Madinah pula...perjalanan bermula sebelum asar selepas solat zohor dan tawaf wida'

Tawaf wida' wajib kita lakukan ye...tawaf selamat tinggal...dan kita berdoa selepas tawaf semuga kita dijemput lagi datang sebagai tamu Allah di lain masa...selepas melakukan tawaf wida' sepatutnya kita bersegera meninggalkan kota Makkah...tak boleh dah nak ding dong meleha leha kata orang perak...nak shopping ke...memang tak boleh...solat pun kena kat hotel aje jika terpaksa...tak boleh dah ke masjid...


Kami hari tu tunggu bas lama juga...nak buat macam mana...hingga dah azan asar...akhirnya kami bertolak juga walaupun agak lewat dan solat asar dlm perjalanan ke Madinah...

Sampai Madinah dah malam...perjalanan memang jauh...tapi kkida tak terasa sbb tido aje sepanjang perjalanan...tup tup dah sampai...Alhamdulillah...tapi agak sedih juga melihat keadaan hotel penginapan...dahlah jauh dari Masjid...servis juga kurang...makan lagilah kurang...tapi takpalah, itu bahagian masing-masing...sbb tu Allah SAW jadikan ada Syurga ada Neraka...:)

Hotel asal yg dijanjikan jarak hanya 100m...tapi hotel yg depa bagi jarak lebih 200m...memang tak mampu kkida nak ulang alek ke masjid setiap waktu solat...akhirnya kkida ke masjid berselang seli...apa-apa pun kita dah buat apa yang termampu...muga amalan kkida Allah terima...:'\


Hari kedua di Madinah kami di bawa melawat masjid Quba (solat sunat), Bukit Uhud dan kilang Quran...beli tamar di kebun tamar...memang mahal kemain harga buah kurma kat situ...double dari harga kat pasar...tapi nak wat camna...dah itu aje yg ada depan mata...nak menapak sendiri ke pasar kurma memang idakle...lagipun masa tidak mengizinkan...yelah berbanding dgn haji umrah pendek sangat masanya kat Madinah...


hari pertama sampai kami ke Raudah...memang sesak...ramai tamu time tu...maklumlah cuti panjang hujung tahun...orang arab pun cuti juga...masing-masing berusaha utk solat di Raudah...mungkin pada pandangan depa kena juga solat walaupun terpaksa menolak nolak orang lain...hmmm...apakah tujuan ibadah itu sebenarnya...:/


anak-anak kkida jika mendengar sesuatu yg benar memang kusyuk sangat...mereka suka nak tahu tentang sejarah Nabi dan perjuangan Nabi SAW menegakkan syiar islam...kat Uhud ini mutawif bercerita panjang mengenai peperangan Uhud dan Bukit Uhud...


foto foto ini kkida upload secara random aje...tak ikut tertib cerita...jadilah janji ada gambo yg nak dikongsi kan...malas pun ye juga ni...hehe...


kurma segar yg telah di frozenkan...sedap...

apa-apa pun kkida bersyukur ke hadrat Illahi kerana berpeluang menjejakkan kaki sekali lagi ke tanah suci Makkah dan Madinah...tak tau samada berpeluang ke SANA lagi...:')

tatkala kkida menulis entry ni my mum and sister nor and famili ada kat Madinah...Ahad ni depa balik...muga selamat perjalanan kalian pergi dan pulang dan peroleh umrah mabrur...amin...

kkida rasa takat ni ajelah perkongsian kisah perjalanan umrah kkida...kebanyakan pakej umrah adalah lebih kurang sama itenarari mereka...kalau ada pun mungkin sikit perbezaan...tempoh masa, jenis pakej yg diambil dan sebagainya...

jika anda ingin mengerjakan umrah nasihat kkida jangan pergi musim cuti sekolah Arab...iaitu bulan December...manusia terlalu ramai...hingga tak selesa kita dibuatnya...bertolak tolak dan akhirnya tujuan kita ke sana dah jadi lain...apa taknya...nak solat dalam masjid pun payah...nak ke Raudah pun bertolak-tolak....bulan januari dan februari terbaik pada pandangan kkida...harga pakej murah dan cuaca sejuk dan nyaman...orang pun tak seramai musim cuti sekolah...Wallahuallam...

Entri Madinah Ulangsiar dari http://ift.tt/1NR8XAI
Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.
Thursday 4 February 2016
Posted by Unknown

Popular Post

Labels


Umi Ayu Cake dan Biskut

Powered by Blogger.

- Copyright © Umi Ayu Cake dan Biskut -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -