Archive for 2017

ngapa tokma ngapa

jejaka idaman

Assalamualaikum,
lamanya tokma tak bersiaran...sepi dan membisu seribu bahasa...pasti ramai yang rindu kan.
kakida pun ridu dengan kalian dan blog ini...apa dah jadi...hehe

Kak dia memang salute pada anda yang terus menerus menulis, tiada rasa jemu dan letih...masih menyengat lagi blog anda...blog kkida ini, hidup segan mati tak juga...lol...

Sebenarnya hari-hari dok ingat kat blog ni...dalam hati dok kata bilalah aku nak rajin menulis macam dulu-dulu, zaman kegemilangan berblog...muahaha...

la ni rasa cam hampeh jer...tengok pun macam tak lalu...hmmm...

Hamid our driver and guide

Cerita travel ke Iran tokma pun belum habis lagi, banyak sangat jika ikutkan nak di share...:')

santai

bersantai di Caspian Sea

Hamid dan Muhammad
Hamid dan Muhammad sepupu, merekalah yang memandu kkida sekeluarga keliling Iran...

nasi kerak, sedap

InsyaAllah jika ada kerajinan kkida akan upate lagi ye...:)

Entri ngapa tokma ngapa Ulangsiar dari http://ift.tt/2wxbAeW
Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.
Wednesday 23 August 2017
Posted by Unknown

Sepuluh Ramadhan

Pasangan pengantin ini berfoto dalam kawasan Blue Mosque

Salam Ramadhan buat semua, Assalamualaikum,
since 1st Ramadhan kkida kurang sihat...maklumlah orang tua...hehe...

Batuk tak henti dan high fever. Setelah makan antibiotik, Alhamdulillah...

Kepala juga sakit sebelah minggu pertama. Jenuh picit dan urut. Akhirnya kkida ke Chiropractor....dan Alhamdulillah, mujur recover...

Redho dengan semua kesakitan, ujian Allah SWT. Sesungguhnya Allah maha pengasih dan penyayang kepada hambanya...jangan henti berdoa memohon yang terbaik dari Pencipta.

Hari ni rasa sihat sikit.
Dan baru teringat nak update blog yang sunyi ini...

Ye, blog tokma ni macam hidup segan mati tak mau...hehe...ada ke yang membaca blog ini, saya pun kurang pasti!!!

Mungkin gamaknya tiada lagi pembaca yang berminat utk baca blog ini kerana tiada lagi cerita yang menarik...

Hmmm....mungkin juga :)
takpalah kita tengok perkembangan seterusnya...bagi masa sikit lagilah kannn...

Blue Mosque

Foto-foto ni kkida ambil semasa bercuti ke Istanbul selama 5 hari pada october lepas...selepas trip ke Bosnia...ada banyak lagi foto...nantilah kkida edit dan share later...

Hagia Sophia

Ini kali kedua kkida ke Istanbul, kali pertama tahun 2014. Istanbul memang bandar tourist. Setiap inci bandar ini memang menarik dan berbaloi untuk dilawati. Bangunannye semua dibina ratusan dan ribuan tahun lalu...Sejarahnya panjang...

Oleh itu tak hairan ada orang yang berulang alik beberapa kali ke negara ini...travel sekali memang tak puas. Jika ada rezki kkida juga nak ke Turkey sekali lagi....InsyaAllah...

Inside Blue Mosque

Entri Sepuluh Ramadhan Ulangsiar dari http://ift.tt/2qUnh8G
Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.
Wednesday 7 June 2017
Posted by Unknown

Buat Cupcake Lebih Mudah Dengan Cupcake Maker


Tiada masa untuk membuat cupcake? kini tidak lagi dengan penggunaan Cucpcake Maker, produk ini sudah lama di pasaran dengan pelbagai jenama dan harga. Bagi anda yang tidak mempunyai banyak masa dan sentiasa sibuk ..dengan cupcake maker anda dapat hasilkan cupcake dalam tempoh masa yang singkat (6-7 minit) sahaja.

Ikuti panduan cara-cara menyediakan cupcake dengan menggunakan cupcake maker.


mmm..cukup mudah kan!! hasilnya juga cukup menarik dan boleh dijadikan hadiah untuk yang tersayang. Kini produk sebegini boleh didapati secara online je..tak sampai RM100 , anda boleh dapatkan di Lazada Malaysia.


Dengan produk ini, anda tak perlu lagi membeli cupcake cukup dengan hanya Trio Cupcake Maker..Segala jenis cupcake boleh dibuat dan disediakan untuk anak dan orang yang tersayang. 


Entri Buat Cupcake Lebih Mudah Dengan Cupcake Maker Ulangsiar dari http://ift.tt/2rti9K9
Saturday 3 June 2017
Posted by Unknown

Resepi Sos Lada Hitam Ceria

Nak resepi paling dirahsiakan tak?
Sos lada hitam (blackpepper sauce) ceria akan berkongsi rahsia ini.
Cuba dulu kemudian komen di sini ya!
Bahan bahannya
Tumis...
3 ulas bawang putih
1/2 biji bawang belanda
Dengan sesudu mentega.
Bila naik bau, masukkan Sesudu tepung gandum

Ini semua ditumis menjadi sos bishamil.

Masukkan sebiji cendawan straw (straw mushroom) yang dihiris dan
Dua sudu serbuk lada hitam.
Tuangkan air secawan. Didihkan.

Masukkan seketul kiub DAGING jenama knorr.
Tuangkan 3 sudu kicap pekat manis (jenama kipas udang sangat disyorkan).
Tuangkan secawan susu segar atau bancuh secawan air dengan susu tepung dua sudu. Ini alternatif kepada susu berat (heavy cream). Jangan guna krimer sejat. Susu sejat dibolehkan.

Biarkan mendidih. Kemudian kisar halus dengan pengisar.

Masukkan bancuhan sesudu tepung jagung dalam 1/3 cawan air.

Gaulkan dengan mesin pemutar. Ini langkah penting untuk mengeluarkan kepedasan lada hitam serta sebatinya tepung jagung tadi.

Siap dihidang dan dituang ke atas ayam, daging, kambing, ikan, roti dan kentang goreng atau dimakan begitu sahaja.

Cubalah!



Entri Resepi Sos Lada Hitam Ceria Ulangsiar dari http://ift.tt/2rsonfZ
Sunday 28 May 2017
Posted by Unknown

"jangan pergi ke Iran" ~ part 2

Pelajar kolej mungkin yang kkida ketemu di Fir Garden,
Kashan, bila ajak ambil gambar masing-masing seronok kemain...:)

Assalam,
Sebenarnya kkida pun tak tau bagaimana nak relate my trip antara setiap entri, kerana terlalu banyak foto dan cerita di sebalik foto...oleh itu kkida main upload ajelah gambar ye....photo dan jalan cerita tiada kaitan....kkida add caption pada setiap photo...

anak ini kkida ketemu ketika menginap
 di rumah percutian Hamid, my driver :)

Pada hari kedua di Iran saya sekeluarga terbang ke sebuah bandar yang terletak di bahagian tengah negara tersebut, Shiraz.

Shiraz ini popular sebagai pekan penyair, terdapat beberapa tugu/makam penyair terkenal Iran di bandar Shiraz. Tapi kkida tak sempat gi satu pun...masa pendek...banyak sangat tempat nak dilawati dan semuanya pun macam perlu dilawati...hehe...

pakcik jual sayur di pasar basah di Fawman, Gilan Province

Kkida menginap dua malam di Shiraz di sebuah hotel traditional milik keluarga Hamid, my driver tulah...utk ke sana sini dalam bandar Shiraz kami minta hotel hantarkan dan balik selalunya kami naik teksi...

Hamid, dia ni kelakar sikit orangnye, dan malas mandi...lol

Kereta Hamid baru beli sebulan, memang sedaplah kita orang naik...bayarannya pun sedap gak...we paid USD100/perday/percar (2 kereta) for 9 days (kira sendirilah ye berapa tokma belanja utk kereta ajer...:')

Tapi nak selesa punya pasal, pejam mata...namun ada gak untungnya, dapat tengok banyak tempat dan travel jauh. Jika harap public transport, memang tak terdayalah nak travel sehingga 2K km for 9 days...kannn....

Iran ni negaranya sangat luas, lebih luas dari France tak silap tokma...bayangkan Tehran ke Shiraz ajer dah 1000km...tu sebab tokma fly, tak larat nak naik bus (8jam) atau keretapi yang makan masa sehingga (14 jam).

Masa penerbangan hanya 1 jam 20 minit...tokma tempah tiket dari Mahan Air, KL office. Tambang pesawat seorang dalam RM200 (one way). OKlah kan, jika naik bus USD25 tak silap...flight pun selesa dan ada refreshments (sandwich dan jus)

Hotel di Tehran dan Shiraz kkida tempat dengan menulis email kepada mereka. Untuk pengetahuan anda yg ingin travel ke Iran, majoriti hotel di Iran tiada dalam Booking.com, Agoda, etc...so anda kena google dan inquire sendiri melalui email...most hotel di Shiraz adalah tradisional house yang diubah suai menjadi hotel atau hostel...Taha Hostel milik keluarga Hamid adalah antara Hostel yang tinggi ratingnya di Shiraz...

Rose water yang dibuat dari bunga ros sebenar...
wangi dan sedap...

Dari Taha hotel baru kkida plan my next trip dan menempah hotel dan transport (minta tolong staf Taha hotel yang peramah itu...:)

Nantilah kkida share more details and photos ye...

Kueh ni adalah kueh tradisi Iran, dalamnya inti isi buah kurma

Di Shiraz kkida melawat beberapa tempat yang popular seperti Pink Mosque dan Eram Garden juga Bazaar...anda boleh google tempat-tempat ini untuk mendapatkan info lebih lanjut...

Mereka hidup dengan makan roti sehari-hari,
makanan ruji...dan ini adalah sejenis roti yang dihidangkan...
seperti bubble wrapkan...lol

Dah nak maghrib ni, nanti bila-bila kkida sambung lagi ye...InsyaAllah...

Entri "jangan pergi ke Iran" ~ part 2 Ulangsiar dari http://ift.tt/2rMfrz8
Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.
Tuesday 23 May 2017
Posted by Unknown

'Jangan pergi ke Iran'

Golestan Palace, Tehran
IRAN?

Kenapa Iran?

Ye Iran...:)
tokma and the gang ke Iran...:)

Huissshhh...macamlah takda tempat lain nak gi awak ni...IRANNN...

Ye Iran...so what???


Jangan pergi ke Iran, OK...

Tapi tunggulah dulu sehingga tokma selesai menceritakan keadaan dan mengupload gambar-gambar sepangjang 12 hari di Iran, baru anda buat keputusan ok, samada nak gi ke tak ke Iran tuh!

Golestan Palace
Secara ringkas, kenapa Iran...
Saya beli tiket ke Tehran tahun lepas lagi, masa tu AA buat promo, harga tiket lebihkurang RM700+ seorang. Rasa cam murah je...maka belilah...masa tu beli utk hubby and me only...bebudak yg 3 orang tu belum beli lagi...

Sebenarnya dalam hati agak ragu-ragu juga. Nak pergi ke idak ke negara tersebut...mula-mula ingat nak transit jer kat Tehran...nak terus ke Bosnia sekali lagi...tapi bila pikir balik, banyaklah pulak halnya...payah nak transit, etc...maka mau tak mau proceed ajelah...tawakkal pada Allah...IRAN kami datang...lol...:)

Tehran Grand Bazaar
Beberapa bulan sebelum pergi beli pulak tiket utk Ajwad dan Atmam...dan Hani pun nak join sekali, maka jadilah kami berlima...:)

Untuk Malaysian, anda tak perlu visa utk melawat Iran kurang dari 14 hari. Lebih dari 14 hari kena visa USD10 tak silap saya(VOA). Tapi Insurance kena beli masa tiba. Ada kaunter jual Insurance sebelum keluar ke Imigresen. Harga Insurance Euro16 (lebih kurang) lupa dah...

Lepas beli insurance terus ke kaunter imigresen (cop pasport), ambik beg dan exit...senang benar prosesnya...


Namun sebelum itu, kenalah buat arrangement transport, hotel etc dari Malaysia, sbb jika naik AA sampai Tehran dah tengah malam, jika tak prepare awal mana nak tidor, jenuhlah pulak....tempat yang asing macam tu kenalah bersedia dari awal, kecualilah orang bujang, boleh je lepak kat airport sementara tunggu siang.

Kat exit ada kaunter jual simcard, boleh beli kat situ, tapi saya tak beli pun sebab tuan rumah homestay dah sediakan. Terus ajer naik kenderaan yang dia sediakan utk ke tempat penginapan. Sampai terus istirehat...

USD vs Riyal
Dan esok pagi barulah sembang dengan tuan rumah dan bertanya itu ini. Dia pun bagus, bagi macam-macam tips. Even tukar duit pun dengan dia. Rate ok. Simcard pun dah ada...

After breakfast, kami dihantar ke Golestan Palace...dan dari situlah pengembaraan kami ke negara yang sangat kontroversi itu bermula...


Golestan Palace ni cantik, luar dan dalam, tapi kkida lebih admire bahagian luar...tile dinding tu cantik. Memang mereka suka kepada lukisan dan bunga-bungaan. Sebab tu kat Iran banyak taman.

Masa sampai tu bunga tengah berkembang, hampir ke penghujung musim bunga, tapi masih cantik.

Alhamdulillah dengan rezki yang Allah swt berikan pada kkida kali ini...dapat jejakkan kaki ke negara ini....InsyaAllah kkida akan sambung lagi kisah my trip ke Iran ini ye....panjang perjalanan dan cerita musafir kkida kali ini...:)


second video about my trip to Iran, yang sempat tokma edit...:)

Entri 'Jangan pergi ke Iran' Ulangsiar dari http://ift.tt/2r0uisr
Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.
Saturday 20 May 2017
Posted by Unknown

Assalamualaikum...



Assalamualaikum,
Salam satu Malaysia, hehe...

kak ida kembali, hope anda jangan nyampah dengan kkida ye!!!
walhasilbalikasal...muahaha...

sayang blog tokma ni...diabaikan bertahun-tahun...pernah dua kali mendapat anugerah blog terbaik...apadaaaa...google pagerank pun masih ok...tak berganjak (5/10)...Alhamdulillah...


dah kenapa dengan kkida ni kan....ada blog yang popular satu masa dulu diabaikan...pergi buat blog lain...ngengada bebenar...

tak, sebenarnya kkida tengah syok membuat video pulak la ni....rasa cam lebih interesting pulak buat video...tak payah menaip.

Upload gambar, edit lebih kurang, dah jadi...siap ada lagu lagi...hehe....


btw, kkida akan cuba teruskan kedua-dua aktiviti yang kkida suka ni jika ada kelapangan, menulis memang kkida suka, walaupun tak pandai berbahasa....dan kkida juga akan share my video jika rajin mengedit...InsyaAllah...

Harap anda terus sudi baca tulisan kkida ni ye...dan berdoalah agar fikiran kkida tak bercelaru lagi...hehe...

Baru-baru ni kkida gi bercuti ke Iran selama 12 hari...ni video pertama yg sempat kkida edit...InsyaAllah jika ada kerajinan kkida akan edit more videos perjalanan kkida anak beranak ke Iran...and more photos and updates here...:)

Please komen "suka, suka, suka" jika suka kkida terus menulis kat sini...lol

Luv,
kkida aka tokma :)

Entri Assalamualaikum... Ulangsiar dari http://ift.tt/2pXKUgn
Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.
Friday 19 May 2017
Posted by Unknown

Pau gebu...




Bahan-bahan :

500 gm tepung pau
1 cawan air
1/4 cawan minyak jagung
1/2 paket atau 2 sudu the yis
1 sudu susu pekat
1 sudu makan gula
1 sudu teh' garam
1 sudu teh' baking powder

Cara-cara :

1. campurkan semua bahan kecuali tepung, baking powder dan minyak, ke dalam mangkuk. Tunggu 5 minit hingga nampak yis berbuih.

2. Masukkan tepung dan baking powder dan start uli. Masukkan minyak.

3. Uli hingga adunan tidak lagi melekat di mangkuk. Uli dalam 15 minit. Tutup dan biarkan doh 20 minit.

4. Timbangkan doh dalam ukuran 45 - 60 gm, isikan inti dan letak pelapik.

5. Biarkan pau naik sedikit lagi. Jangan biar terlalu lama. Biarkan dalam 15 minit macam tu sahaja.

6. Sediakan kukusan dan kukus bila air telah mendidih. Kukus selama 10 minit sahaja.





Entri Pau gebu... Ulangsiar dari http://ift.tt/2jn1Axm
Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.
Sunday 15 January 2017
Posted by Unknown

Donut gebu lembut...



Dapat resepi ni drp fb group Meroti Irfan... tq so much... byk perkongsian resepi secara percuma... Irfan pun ade buat kelas...

Saya hanya buat separuh adunan dan dpt dlm 9 ke 10 biji donut...

Bahan -bahan...

200 gm tpg roti
50 gm tpg gandum
5 gm yis
30 gm gula castor
25 gm shortening
13 gm telur
1 sdt garam

150 gm air petisejuk + 3 ke 4 ketul ais

Cara- cara

Saya guna BM...
Bhn kering di gaul rata.
Masukkan shortening. Gaul lagi.
Masukkan air ais dan uli hingga elastik....

Biarkan 10 minit... dan start mencetak... sy biar lg 10 minit, panaskan minyak dan goreng...





Entri Donut gebu lembut... Ulangsiar dari http://ift.tt/2hCFh24
Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.
Sunday 1 January 2017
Posted by Unknown

Popular Post

Labels


Umi Ayu Cake dan Biskut

Powered by Blogger.

- Copyright © Umi Ayu Cake dan Biskut -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -