- Back to Home »
- 1001 Resepi , Informasi , Menarik , Resepi »
- Mee Kuah Daging dan Udang
Posted by : Unknown
Sunday, 27 September 2020
Ini adalah salah satu hidangan mee kegemaran ramai (family and friends). Tetapi membuatnya agak remeh dan memerlukan masa yang panjang kerana kuah mee perlu direbus sehingga daging dan ubi empuk dan hancur. Belanja membuatnya juga tidak sedikit....dan rasanya....hmmm...sudah pasti sedap...
Bahan-bahan:
Kuah Mee:
1 kg tulang lembu (rusuk) 1 kg daging lembu, potong kiub besar
300g udang basah, besar 100g udang basah kecil (berwarna putih)
2 - 3 ketul ubi keledek 4 sudu besar cili kering kisar
1-2 labu bawang besar, dikisar 1 inci halia, di ketuk atau dikisar
1 cawan (atau lebih) serbuk kuah kacang (kuah pecal)
Lain-lain bahan:
2 bungkus mee kuning 1 ikat sawi
2 cawan taugeh Tahu, digoreng dan potong nipis
Kueh cucur udang, potong kecil-kecil Telur rebus, dibelah dua
Cili hijau jeruk hirisan daun sup dan daun bawang
bawang goreng hirisan limau nipis
Cara membuatnya:
Rebus tulang dan daging lembu dengan air yang banyak selama satu jam.
Masukkan cili kisar, bawang dan halia dan rebus lagi.
Basuh udang besar dan rebus (tak perlu buang kepala, kulit dan ekornya).
Setelah udang masak toskan dan airnya dicampurkan ke dalam rebusan tulang tadi.
Ketepikan udang.
Udang kecil dibersihkan (tak perlu buang kepala dan ekor), direbus dan dikisar
Kemudian dicampurkan ke dalam kuah daging tadi.
Masukkan ubi keledek yang dipotong kecil-kecil dan rebuslah hingga ubi hancur dan daging benar-benar empuk.
Masukkan sedikit serbuk kuah kacang. Tambahkan garam, gula dan serbuk perisa.
Tambahkan sedikit sos tomato jika anda suka.
Jika anda sukakan kuah mee yang pekat, masukkan beberapa keping biskut cream crackers (hancurkan).
Panaskan air dalam periok hingga mendidih. Masukkan mee, sawi dan taugeh.
Celur sebentar selama dua minit.
Angkat dan hidangkan dalam mangkuk mee.
Masukkan lain-lain bahan dan tuangkan kuah yang masih panas.
Sedap...selamat mencuba...adjust kuantiti bahan-bahan mengikut citarasa anda...
(repost 2010)
Entri Mee Kuah Daging dan Udang Ulangsiar dari https://ift.tt/2S4RfWO
Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.