Posted by : Unknown Thursday, 17 September 2020


Begedel, boleh dimakan begitu saja, campur dalam sup atau soto....jika kentang digoreng ia lebih mudah dibentuk berbanding kentang yang di rebus.... 
   

Bahan-bahan

6 biji kentang besar, buang kulit dan potong setebal 1/2 inci

1 cawan daging kisar (isi ayam, lembu atau kambing)

1 biji cili merah, belah buang biji dan hiris halus

1 batang daun sup, hiris halus

serbuk lada putih, garam, gula

              1 biji telur               

1/4 cawan bawang goreng

minyak untuk menggoreng

1 biji telur, tambahan


1) Goreng kentang dalam minyak yang banyak sehingga separuh masak, kemudian ditumbuk hancur


2) Campurkan daging kisar, cili merah, bawang goreng, daun sup, lada putih, garam dan gula dan satu biji telur, gaul sebati. 

Jika adunan terlalu lembut campurkan sedikit tepung. Bentukkan menjadi bulat dan tekan sedikit supaya leper

3) Panaskan minyak dan goreng begedil dicelupkan ke dalam telur

 

Entri Begedel Daging Ulangsiar dari https://ift.tt/3c6p7fj
Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Labels


Umi Ayu Cake dan Biskut

Blog Archive

Powered by Blogger.

- Copyright © Umi Ayu Cake dan Biskut -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -