Archive for 2019

Cupcake Buttermilk Coklat #Top10


Cupcake Buttermilk Coklat antara carian popular di Internet dan menjadi pilihan kerana rasanya yang enak dan sesuai menjadi hidangan di Majlis hari jadi atau majlis-majlis keraian.

Jom pelajari cara menyediakan resepi cupcake ini!

Bahan-bahan yang diperlukan:
  •  1/2 cawan butter
  • 1 1/2 cawan gula
  • 2 biji telur gred A
  • 1 sudu teh vanilla
  • 1 1/2 cawan tepung kek
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1 sudu teh baking soda
  • 1/4 sudu garam
  • 1/2 cawan buttermilk
  • 1/2 cawan air
Untuk Topping / Frosting
  • 1/2 cawan butter-suhu bilik
  • 3-3/4 gula perang
  • 2 sudu susu pekat
  • 2 ounces  coklat cair
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1/4 sudu teh garam

Cara-cara menyediakannya;

 1. Panas ven (suhu 370°c), sementara tunggu, pukul butter dan gula sehingga gebu. Masukkan telur satu persatu - pukul sehingga sebati.


2. Kemudian masukkan vanilla, tepung kek, baking Soda dan sedikit garam.

3. Masukkan serbuk koko diselang seli dengan buttermilk dan air-pukul sehingga sebati.

4. Setelah itu, bolehlah masukkan adunan tadi ke dalam cawan cupcake ( 2/3 cawan ).

bakar lebih kurang 15-20 minit. 


Untuk Frosting


1.  Pukul butter dan gula ising sehingga gebu. Masukkan coklat (cair), vanilla dan garam.

2. Sedikit coklat parut untuk hiasan

Selamat mencuba!!


Entri Cupcake Buttermilk Coklat #Top10 Ulangsiar dari https://ift.tt/2PY3tQY
Friday 27 December 2019
Posted by Unknown

Belajar Buat Butter Cheese Cupcake



Untuk membuat Butter Cheese Cupcake ini, tidaklah sukar hanya perlu ikut apa yang disarankan dalam resepi ini.

Bahan-bahan yang diperlukan;

1. 40gm krim keju
2. 40gm mentega
3. 40ml susu segar
4. 2 biji telur
5. 50 gm gula perang
6. 100gm tepung kek
7. 1 sudu teh serbuk penaik.
8. 1/2 sudu teh soda bikarbonat
9. Sedikit buah strawberi dan parutan coklat untuk deko.

Adunan krim keju

1. 250gm krim keju.
2. 250gm mentega.
3. 100gm gula ising
4.  250gm krim putar
5. 1 sudu teh jus lemon

Cara menyediakan

1. Pukul krim keju, mentega dan susu sehingga sebati kemudian letak tepi..masukkan dalam satu bekas.

2. Selepas itu pukul telur dan gula perang kemudian masukkan adunan pertama tadi (krim keju,mentega dan susu)

3. Satukan tepung kek,serbuk penaik dan soda bikarbonat, kemudian masukkan ke dalam adunan. Kacau sehingga sebati.

4. Masukkan adunan td ke dalam cawan cupcake (3/4) jangan terlalu penuh..kemudian kukus selama 40-50 minit.

Untuk Topping

1. Pukul krim keju, mentega dan gula.
2. Kemudian masukkan gula, jus lemon dan krim putar untuk lebih gebu.

Setelah kek sudah masak bolehlah hias mengunnakan krim keju dan letakan sedikti buah strawberi dan coklat parut.

Selamat mencuba!




Entri Belajar Buat Butter Cheese Cupcake Ulangsiar dari https://ift.tt/2saihmy
Wednesday 25 December 2019
Posted by Unknown

Gambar Bakal Sultan Kelantan

Wow.. comelnya. Akhirnya terbongkar gambar bakal sultan kelantan, Tengku Ismail Leon Petra ibni Tengku Muhammad V Faris Petra. Kisah kontroversi perkahwinan bekas ratu cantik Moscow, Rihana Oksana Gorbatenko dengan Sultan Kelantan berpanjangan.

Ada netizen menyokong, tak kurang juga mengeji.

Tetapi selepas gambar ini didedahkan, netizen yamg mengeji selama setahun tadi, kini simpati..


Comelnya anak Rihana Oksana, macam muka Sultan Kelantan.

Entri Gambar Bakal Sultan Kelantan Ulangsiar dari https://ift.tt/2Ra0llR
Monday 2 December 2019
Posted by Unknown

Trip Kak Limah ke Seoul dan Jeju Oct 2019

makcik pakcik
Tokma ke Seoul dan Jeju lagi....huhu...kali ni dengan segerombolan makcik2 bawang dan cucu tokma...jumlah semua 15 orang...memang sangat happeninglah trip tokma kali ni 😀

Ish! baru jer last year tokma ke sana tahun ni pergi lagi...cari apa tokma asik ke Korea..:)

Tokma sebenarnya takdalah nak ke Korea tu sangat...tapi dek kerana kenkawan...tokma ikutkan...lagi pun tokma tak puas hati my previous trip ke Jeju...ikut package JMT tu memang tak puashati langsung...😞

sempat berhanbok makcik2 bawang ni...
kawan2 baik tokma...seronok depa dapat pakai baju Korea 
Ok since tokma adun sendiri our 10 days trip ke Seoul dan Jeju ni...so bolehlah tokma nak share sikit2 dengan youall pembaca blog ni apa2 tips dan info yang berguna...bolehlah anda pergi sendiri nanti...tak perlulah nak ambik package bagai...bukan susah pun takat nak makan angin ke Seoul dan Jeju tu...lainlah kalau nak pi negara yang pelik2...:)

OK...meh kita mulakan...
Travel date: 22 October to 31 October 2019
romboingan kak Limah
1) Tiket penerbangan: biasalah my feveret airline AA...hehe...weall ambik 6 bulan sebelum bertolak...time sale...lebih kurang RM1,300 per pax all in (insurance, baggage dan makan dlm flight)...KL to Seoul to Jeju to KL (AA dan Jeju Air)

2) Accomodation: Apartment...Airbnb (berhampiran Seoul Station) di Seoul....apartment dan hotel di Jeju...RM750 per pax for 9 malam.

our bus di jeju...luas weh!!!...tak payah berimpit impit macam ikan sadin
3) Transportation: Bus (10 hours daily) di kedua-dua tempat (seoul dan jeju)...RM750 perpax for 10 days termasuk airport transfer 4 kali.

4) Makan: Tapau dari kampung halaman dan makan beberapa kali di Seoul dan Jeju (yg ni tak ingat dah berapa kami belanja...tapi saya ada minta 100k Won per person untuk duit entrance masuk mana2 attractions dan makan...)

Insadong
Belanja lebih kurang RM3000 lebih sikit lah per person...puas jalan...dan berbaloi...10 hari you...I paid RM1700 to JMT utk trip jeju sahaja selama 4 malam tak masuk flight...duduk hotel takda bintang, makan lintang pukang, naik kereta berimpit macam ikan sadin...tempat lawatan pun celam celum ajer...ikut suka depa...tour guide pun macam malas jer nak bawa sana sini...yelah sebab mungkin depa pun dah letih hari2 bawa orang ke tempat yang sama...so my trip kali ni saya telah pergi ke tempat2 yang depa tak bawa saya dulu...memang bestlah pergi sendiri...

Nami Island
garden of morning calm
grill mackerel...sedap
Lizalah yang mula2 sibuk ngajak saya ke jeju :)
sup ayam...samgyetang....sedap
Oklah, stop dulu...nanti next entri saya nak share sikit our 10 days itenarary dan tempat2 yang kami lawati...InsyaAllah...

Entri Trip Kak Limah ke Seoul dan Jeju Oct 2019 Ulangsiar dari https://ift.tt/2CXqrQX
Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.
Thursday 21 November 2019
Posted by Unknown

JJCM ke Pantai Timur - Kota Bharu ke Golok ke Takbai


Seronoknya saya berjimba-jimba ke Pantai Timur beberapa hari....mula-mula tujuan asal hanya nak meneman sang suami atas urusan kerja di KB, tapi sebelum tu saya ada cakap kat suami ajak masuk negeri Thai jika ada kerajinan...so kami pun bawalah pp dan geran kereta...manalah tau datang angin pus pus sekurangnya dah ada dokumen diperlukan untuk enter ke negara gajah putih itu...

Sebenarnya saya baru jer beberapa hari balik dari Korea (Seoul dan Jeju), letih belum habis...cadang nak juga share my experience bersama kawan-kawan dan famili ke Korea, wp ini kali ke empat saya  jejakkan kaki ke sana...terutama Seoul :)

White House Cafe
Berbalik kepada cerita JJCM ke Pantai Timur, malam tu selepas rehat seketika di hotel (Grand Renai, Kota Bharu), kami keluar cari makan...hubby ajak pi Kopitiam ajer...dia teringat ada satu Kopitiam berhampiran Masjid Negeri, iaitu White House Kopitiam...kedai kopi tersebut hanya buka selepas solat Isyak....masa saya tiba telah ada beberapa famili menunggu cafe tersebut buka pintu...nasib kami pun sampai ontime....lepas 10 minit duduk orang menderu masuk...dalam sekelip mata penuh semua meja dan kerusi yang boleh dibilang dengan jari...penuh dgn jemaah masjid yang datang mengopi selepas solat :)

Malam tu saya order roti bakar dengan telur setengah masak yang dipecahkan atas roti tersebut (bukan foto bawah ni)...selain tu saya cuba nasi lemak basmathi...memang sedap...sambal nasi lemak juga sedap...selain nasi lemak ada nasi berlauk, nasi dagang, nasi tumpang dan lain-lain lagi yang semuanya siap dibungkus...

Lepas makan kami balik ke hotel dan istirehat...

Roti Titab Special - Kopitiam Kita
Esok pagi lepas breakfast, encik suami ke tempat tujuan asal...atas urusan kerja...tokma dan ajwad tinggal di hotel...dalam jam 11 tokma ajak ajwad pi Kopitiam Kita pula...nak mengopi...Kopitiam Kita memang terkenal di KB, menu sama lebihkurang seperti White House cafe...orang KB suka makan roti telur taruk atas dan dicalit kaya...pelik juga saya rasa mulanya...bercelaru rasa...telur bercampur kaya???...hmmmm....tapi bila cuba try...ok gaklah...hehe...

Saya minta late check out dan kami sempat solat jama qasar sebelum memulakan perjalanan merentasi sempadan Msia Thai...proses di pihak imigresen kita senang ajer...hanya chop pp...tapi bila tiba di imigresen dan kastam Thai banyak hal juga...isi borang itu ini...depa nak tengok geran asal kenderaan...wbp, bagus juga depa banyak songeh camtu, sbb kejadian curi kereta memang sering kita dengar...maka eloklah depa cerewet sikit...utk kebaikan kita juga...

Selepas 30 minit lebih kurang kami pun berjaya melepasi sempadan Msia Thai dan memasuki negara jiran kita...menyeberangi Sungai Golok yang femes itu...sungai tu taklah besar mana...kalau orang local depa naik sampan ajer atau berenang...hihi...sapa nak kesah...

sungai golok
Pekan Golok

Masuk ajer Pekan Golok kami cari simcard dulu, RM28 unlimited...nak guna sehari semalam ajer huhu....lepas tu cari makan pula... saya ada terbaca dlm satu blog, depa suruh pi makan kat Restoran Banglee...so tokma pun carilah...senang jumpa....kelebihan dunia tanpa sempadan...

pekan Golok taklah besar mana, pusing-pusing tang tu juga...


Kami order tomyam, dua jenis ikan dan sayur kangkung...depa hidang ulam-ulaman dan sambal belacan secara percuma....makan hingga menjilat jarilah tokma..."pasai apa depa punya cooking sedap eh!"

Pada tokma, Thai food is the best...dah travel ke beberapa negara, namun masakan Thai memang my feveretlah so far...


Selesai makan kami meneruskan perjalanan ke Tak Bai...memang teringin sangat tokma nak ke situ...ingin melihat kehidupan saudara mara di pekan kecil tersebut...Alhamdulillah tercapai cita-cita...:)

Tak Bai
titi menyeberangi selat kecil 

kakak berjualan goreng-gorengan
pasar basah

Selepas habiskan masa dalam 45 minit berlegar-legar sekita jeti dan jambatan, kami pun bergerak menuju destinasi seterusnya iaitu pekan Narathiwat, jarak lebihkurang 40km dari Tak Bai...

InsyaAllah nanti tokma sambung lagi ye....

Entri JJCM ke Pantai Timur - Kota Bharu ke Golok ke Takbai Ulangsiar dari https://ift.tt/34LmF9g
Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.
Friday 8 November 2019
Posted by Unknown

Tokma ke Bandung lagi....


Penghujung July 2019, tokma ke Bandung dengan adinda adinda kesayangan...OJ dan DrN...:)
Trip dua malam sahaja...masing-masing busy kecuali tokma....jika ikut nak dok lama sikitlah...baru berbaloi...

Bandung tidak pernah menjemukan...suasana kota Bandung yang sentiasa ceria...rasanya dah masuk lapan kali tokma jejakkan kaki ke kota ini...namun sentiasa suka nak ke Bandung lagi...

Masa kami gi tu Gunung Tangkuban Perahu baru meletus setelah pulohan tahun berdiam diri...mula-mula rasa takut juga nak teruskan hajat ke kota tersebut...tapi kami tawakkal Lillahitaala...Alhamdulillah everything smooth...orang-orang Bandung relax jer...gamaknya mereka dah biasa dengan situasi tersebut...yelah Indonesia sentiasa dilanda dengan bencana alam...terutama gempa dan gunung berapi yang sering meletus...


Kami menginap di Hotel Noor, pilihan terbaik...hotel yang berteraskan agama kita, Halalan Toyyiban...harga pun munasabah...bilik agak sempit, tapi cukup selesa...bersih dan lokasi juga terbaik...sarapan pagi enak, cukup utk alas perut sehingga tengahari...tokma memang rekomen hotel ini...

my sister and me, OJ atau kak Jun 
Lokasi tujuan lebih kurang sama jer setiap kali ke Bandung....jika tokma mesti nak makan nasi timbel di Floating restoran di Lembang...nasi timbel masakan Sunda, makanannya kering belaka, samada dibakar, dipanggang, digoreng atau dikukus...tapi sedaplah, memang kena dengan tekak saya...harga makanan agak lumayan...ikut pilihan lauk pauk yang kita pilih...tapi bukan selalu kita dapat makan menu macam ni...Alhamdulillah...

my sis DrN

Floating restaurant memang luas kawasannya...ada banyak pilihan makanan...anda boleh google for more information...selain tujuan menjamu selera ada banyak lagi aktiviti dan tempat untuk menjamu mata di Floating Restaurant ini....sesuai utk semua golongan dan usia...


Kebun Begonia di Lembang juga menarik...pertama kali saya ke sini...taman yang dipenuhi dengan pelbagai jenis bunga...cantik utk bergambar...ada pasangan pengantin baru yang buat photoshoot masa kami di situ...masuk kena bayaran, tokma tak ingat dah berapa...youall googlelah ye...

tiga mak dara...:)
Lokasi Kampung Daun

Hi Banyaklah pulak gambar muka tokma kali ni...hehe...mood tengah bagus ni...
Oklah nanti bila-bila ada kelapangan tokma sambung lagi cerita Bandung tokma ni ye...


Entri Tokma ke Bandung lagi.... Ulangsiar dari https://ift.tt/2LQq6Vx
Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.
Sunday 6 October 2019
Posted by Unknown

Popular Post

Labels


Umi Ayu Cake dan Biskut

Powered by Blogger.

- Copyright © Umi Ayu Cake dan Biskut -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -