Posted by : Unknown Friday, 11 September 2020


Kuih Gelang atau Kuih Keria, variasi keledek...saya guna SRF, maka jadilah donut keledek, 
cara buat sama seperti buat kuih keria...


Rebus keledek hingga empuk dan blend dalam
food processor, masukkan tepung naik sendiri
secukupnya dan sedikit garam,
dan proses lagi sehingga bercampur rata

jom kita tengok cara buat kuih ini...

canai dan terap dengan acuan bulat dan berlubang di tengah

goreng dalam minyak panas dan banyak sehingga keperangan

gaul dengan gula kaster

ringan dan sedap...yummeh!!!


oklah...tak banyak yg nak ditulis...resepi mudah dan simple...buat kudapan di petang hari...cuba jangan tak cuba ye...

Entri Donut Keledek/Kuih Keria Ulangsiar dari https://ift.tt/1FZfIAv
Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Labels


Umi Ayu Cake dan Biskut

Blog Archive

Powered by Blogger.

- Copyright © Umi Ayu Cake dan Biskut -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -