- Back to Home »
- 1001 Resepi , Informasi , Menarik , Resepi »
- Cherry Vanilla Cup Cake
Posted by : Unknown
Friday, 25 September 2020
Saya penggemar kek butter yang biasa sahaja...kurang minat dengan kek yang berperisa dan campur macam-macam bahan...namun sekali suka juga cuba buat kek macam ni...kek yang dicampur buah dan kekacang...
Saya guna pure vanilla brand McCormick...memang sedap baunya...
dan saya campurkan glace cherry untuk cantikkan muffin tersebut...
Jom kita tengok bahannya...
Bahan-bahannya
1/2 cawan butter 2/3 cawan gula 3 biji telur besar
1 sudu teh pure vanilla 1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu teh baking powder 1/4 sudu teh garam
1/4 cawan susu full cream 1/2 cawan glace cherry, chopped
Method
Pukul butter dan gula hingga kembang,
Masukkan telur sebiji-sebiji dan gaul rata,
Masukkan vanilla diikuti dengan tepung
(ayak tepung dengan baking powder dan garam)
Berselang seli dengan susu...
Akhir sekali masukkan cherry dan gaul sebati (do not over mix)...
Sudukan kedalam paper muffin cup dan taburkan almond jika suka...
Bakar pada suhu 180C selama 17 ke 20 minit...
(repost from 2011)
Entri Cherry Vanilla Cup Cake Ulangsiar dari https://ift.tt/3kN0tUa
Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.