Posted by : Unknown Thursday, 17 September 2020


Peach Cobbler adalah dessert yang sedap...senang untuk disediakan...saya biasa buat resepi ni sejak lama dulu...back in year 2004...tapi kerana resepinya ntah hilang ke mana dan saya pun malas nak mencari kat internet, maka ia seolah dilupakan...

Walhal buatnya senang dan memang jadi favourite my kids...hari ni ntah kenapa teringat nak buat dah saya pun cari balik resepinya yang agak-agak ok di beberapa website...


dan akhirnya saya terjumpa semula di cooks.com...resepi lama tu saya perolehi dari recipezaar.com yang sekarang ni telah bertukar kepada food.com...(repost entry from 2011)


Peach Cobler ni sedap makan masa suam-suam atau sejuk....serve dengan vanila ice-cream...yummeh!

bahan-bahannya:

1/4 cawan butter cairkan

Tuangkan butter cair ke dalam baking pan sederhana besarnya...

1/2 cawan tepung gandum         1 sdt baking powder

1/2 cawan gula (saya letak 1/3 cawan)

pinch of salt            1/2 cawan full cream milk

(campurkan semua bahan dalam sebuah mangkuk dan pukul rata, kemudian tuangkan ke dalam butter cair tadi...tak payah kacau)

1 tin besar buah peach (saya guna steffi's)

sudukan buah peach perlahan-lahan ke dalam mangkuk butter dan batter tadi....

tak perlu gaul atau kacau...hanya letakkan sahaja buah peach tersebut dan sedikit sirap peach...

(lihat foto atas)

bakar pada suhu 180C selama 30 ke 40 minit...

hidang panas atau sejuk dengan ais krim vanilla...


sebelum dihidangkan saya taburkan sedikit dengan cinnamon powder...


Entri Peach Cobbler Ulangsiar dari https://ift.tt/3ktxp3A
Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Labels


Umi Ayu Cake dan Biskut

Blog Archive

Powered by Blogger.

- Copyright © Umi Ayu Cake dan Biskut -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -