Posted by : Unknown Tuesday, 22 September 2020


Biscuit/Scones ini sesuai untuk minum petang...jika pergi ke negeri mat saleh inilah minum petang mereka...sedap disapu dengan clotted cream/cream cheese/butter dan jam ketika masih panas lagi...yummy!

Kenapa mereka panggil biscuits i/o scones...ntah saya pun tak pasti...jika tengok dari rupa dan texture buttermilk biscuit ni, tak ubah seperti scones...

btw, jika nak cuba ini resepinya...

Bahan-bahan

2 1/2 cawan tepung gandum

1 sudu besar baking powder

1 sudu teh garam

1/4 sudu teh baking soda

(ayak semua bahan)

1/2 cawan mentega sejuk, chopped

1 cawan buttermilk sejuk

Caranya:

Masukkan bahan kering dan cold cut butter dalam food processor dan kisar hingga menjadi breadcrumbs...

Keluar dan letakkan dalam mangkuk besar...buat lubang bahagian tengahnya dan tuangkan buttermilk pelahan-lahan sambil digaulkan tepung dengan garpu atau pisau hingga semua bahan bersatu...jangan terlebih gaul...

Letak doh atas papan canai dan uli sikit (5, 6 kali sahaja)...jangan terlebih uli takut nanti texturenya menjadi keras...taburkan tepung jika doh melekat...

Dengan menggunakan kedua-dua tapak tangan, tekan-tekankan doh sehingga ketebalannya menjadi 1cm...terap dengan acuan bulat (gelas pun boleh)...

bakar pada suhu 200C (reheat oven terlebih dahulu) selama 10 ke 15 minit...


Belah dua dan sapu dengan jam ketika masih panas....yummy!

(repost from 2011)

Entri Buttermilk Bscuits/Scones Ulangsiar dari https://ift.tt/2FHfCrj
Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Labels


Umi Ayu Cake dan Biskut

Blog Archive

Powered by Blogger.

- Copyright © Umi Ayu Cake dan Biskut -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -