- Back to Home »
- 1001 Resepi , Informasi , Menarik , Resepi »
- Blueberry Muffin with Cinnamon Crumbles
Posted by : Unknown
Sunday, 20 September 2020
Buah blueberry adalah sangat sinonim dengan muffin/kek dan ramai yang suka buat kek dan muffin guna buah ini...dan hari ini saya juga nak cuba buat blueberry muffin...jom semak resepinya...
Setelah mencari, akhirnya saya ikut resepi ini dan one of the best muffin yang pernah saya buat...yummy!
Resepi ni telah saya ubahsuai mengikut citarasa sendiri...
Bahan-bahannya
1 1/2 cawan tepung serbaguna (saya guna tepung pastry)
3/4 cawan gula (saya guna 1/2 cawan je...)
1/2 sudu teh garam
2 sudu kecil baking powder
ayak tepung dan baking powder kedalam mangkuk....masukkan garam dan gula...gaul sebati...
1 biji telur
1/3 cawan vegetable oil
1/3 cawan susu (saya guna buttermilk)
Campurkan minyak dan telur dalam bekas berukuran satu cawan...
kemudian tuangkan susu atau buttermilk sehingga jumlah liquid menjadi ngam satu cawan...
1 cawan blueberry...
Perlahan-lahan tuangkan campuran susu, telur dan minyak ke dalam bahan kering dan gaul perlahan asalkan semua bahan kering dan cairan bergaul rata...masukkan buah blueberry...gaul...
Sudukan batter ke dalam muffin pan/cup yang telah dilenserkan dengan minyak/butter,
isi hingga hampir penuh dan kemudian taburkan topping atasnya...
Bakar pada suhu 200C selama 25 minit....(reheated oven)
Bahan Crumble (Optional)
1/2 cawan brown sugar
1/3 cawan tepung (tepung ni mungkin kena tambah sikit lagi kerana kurang crumblenya)
1/4 cawan butter, cubed (atau kurangkan jumlah butter ni i/o tepung)
1 sudu besar cinnamon powder
(gaul semua bahan rata)
Jika tak nak letak crumble/topping atas kek ni, jangan kurangkan kuantiti gula...
(3/4 cawan-jangan kurangkan)
Hasilnya sangat memuaskan, selamat mencuba...
(repost from 2011)
Entri Blueberry Muffin with Cinnamon Crumbles Ulangsiar dari https://ift.tt/35Y0sIV
Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.