Posted by : Unknown Monday, 21 September 2020


Kudapan kegemaran ramai, terutama untuk majlis-majlis kecil dan keramaian...membancuh roti jala sangat senang, yg payahnya nak menjala tu...ambik masa berejam...yelah nak kirai satu satu...lenguh gaklah berdiri depan api, terutama orang yang tak daya cam tokma ni...sebab tu saya jarang nak menjala...

Jom kita tengok resepi yang simple ini...


Bahan-bahan

600g tepung gandum

Santan (optional) dari 1 biji kelapa diperah dengan 3 gelas air

atau guna santan kotak lebih mudah...

2 biji telur

sedikit garam

minyak

Cara Membuat

1) Campurkan semua bahan diatas dan pastikan ia pada tekstur yang betul. Tidak terlalu pekat atau terlalu cair (guna blender lebih mudah dan pasti tiada tepung yang berketul)

2) Oleskan sedikit minyak keatas kuali leper. Dengan menggunakan acuan roti jala 
kiraikan bancuhan tepung ke atas kuali tadi. Biar sebentar.

3) Apabila masak lipat dua kali menjadi suku bulatan atau digulung. 
Buat sehingga habis kesemua tepung tadi. Hidangkan dengan kari.


Senangkan buat roti jala, jom menjala :)

(repost 2010)

Entri Roti Jala Ulangsiar dari https://ift.tt/3kyaGnc
Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Labels


Umi Ayu Cake dan Biskut

Blog Archive

Powered by Blogger.

- Copyright © Umi Ayu Cake dan Biskut -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -