- Back to Home »
- 1001 Resepi , Informasi , Menarik , Resepi »
- Custard Teacake
Posted by : Unknown
Sunday, 13 September 2020
Salam pagi minggu,
Salah satu kek paling sedap kegemaran sekeluarga....mudah membuatnya, bahan pun tak susah nak disediakan, cuma anda kena buat custard dulu....
jom kita tengok cara membuat kek yang mudah ini...
doublekan quantity bahan untuk dapatkan kek yang lebih besar seperti yang saya buat ni....guna spring form pan supaya mudah untuk keluarkan kek, alas dengan baking paper dan sapu dengan mentega ...
Bahan-bahan
125g/1/2 cawan butter
1/3 cawan gula castor
1 biji telor
3/4 cawan tepung naik sendiri
1/4 cawan tepung kastard
1) Pukul mentega dengan gula hingga kembang, masukkan telur...gaul rata...
masukkan tepung dan gaul rata.
2) Guna kek pan yang boleh ditanggalkan di bahagian bawahnya...
alas dengan kertas dan gris supaya tidak melekat...
3) Letakkan sebahagian kek batter dan ratakan...tuangkan kastard dan kemudian tuang baki kek tadi, ratakan dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 30 minit pada 180C...
4) Keluarkan dari oven, sejukkan dan taburkan gula icing...
Bahan kastard
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu besar gula kastor
2/3 cawan susu
15g butter
2 sudu teh vanilla
Larutkan tepung kastard dan gula kedalam susu, panaskan hingga mendidih dan pekat....
masukkan butter dan vanilla...sejukkan...
Note: doublekan kuantiti jika mahukan kek yang lebih besar...
Selamat mencuba (repost from 2011)
Entri Custard Teacake Ulangsiar dari https://ift.tt/32rDpE9
Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.