Archive for February 2015

grinderwald switzerland



assalam,

lama tak berupdate blog ni,...sian...hehe...ni pun paksa jari menaip,,,

kkida nak share photo aje...ada lagi...nanti esok upload more photos...



tak pernah terbayang kkida nak jejakkan kaki di bumi yang indah ini, dan memang takda angan-angan pun...lol...tapi anak kkida hani yang pujuk ajak pi switz sebab dulu dia gi kejap sangat katanya...



Switzerlang cantik, jika mama dah gi switz tak yah gi tempat lain dah katanya...






...dan memang apa yang my hani cakap tu betul...all year round switzerland memang cantik....dan sentiasa penuh dengan pelancung...jika musim snow ni depa datang untuk ski...



tapi satu yang tak sanggup, cuacanya sejuk sangat...memang tak tahanlah kulit orang melayu ni...huhu...so kkida tak mampu duduk lama kat atas tu,,,



wonder bagaimana orang putih ni depa relax aje kan...:)











kkida stop kat sini dulu ye...nanti sambung lagi....belum habis ceritanya ni....:)



Entri grinderwald switzerland Ulangsiar dari http://ift.tt/1G2Utwe

Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.
Thursday 19 February 2015
Posted by Unknown

Masak lemak Cili Padi Cendawan...






Bahan-bahan



2 mangkuk cendawan tiram

15 biji cili padi

1/2 biji bawang besar

1/2 inci kunyit hidup

1 mangkuk santan pekat

2 sudu ikan bilis

1 btg serai

1/2 helai daun kunyit



Cara-cara



1. Mesin halus cili padi, bawang besar dan kunyit hidup. Kisar sebentar ikan bilis.



2. Masukkan dalam periuk bhn kisar dan serai yang dititik, dan panas kan atas api hingga pekat.



3. Masukkan santan dan masak selama 5 - 10 minit. Kacau selalu.



4. Masukkan cendawan dan masak lagi hingga mendidih dan kuah masak.








Entri Masak lemak Cili Padi Cendawan... Ulangsiar dari http://ift.tt/1KvTk31

Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.
Sunday 8 February 2015
Posted by Unknown

Congo Bars





As salam,

terpengaruh dengan foto-foto dari beberapa foodblogger yang memuat naik gambar kueh ni maka kkida pun teringin nak buat juga...ada banyak resepi kat internet...google aje...berderet resepi...senang tul orang zaman sekarang kan...:)






kkida follow resepi ini...senang aje bahannya



2 cawan gula perang

2/3 cawan mentega masin



pukul kedua bahan ini hingga berkrim



3 biji telur ukuran besar, pukul sedikit dan masukkan dan kacau rata dengan butter dan gula tadi...kemudian masukkan 1 sudu teh vanilla esen...gaul rata



2 1/2 cawan tepung

2 1/4 tsp baking powder

1/2 tsp garam



gaul rata bahan diatas dan masukkan ke dalam adunan tadi...masukkan 2 cawan chocolate chips

gaul sebati dan ratakan doh ke dalam dulang bakar yang telah digris...bakar pada suhu 160C selama 30 minit atau sehingga masak...bahagian tengahnya biar tak masak sepernuhnya...lembut gitu...:)



namun kkida bakar lebih 30 minit sbb nak tengahnya masak betul...boleh tutup bahagian atas kek dengan aluminium foil supaya tak terlalu perang...semalat mencuba...







Entri Congo Bars Ulangsiar dari http://ift.tt/16yq0ts

Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.

Rendang Pedas dan Pulut Kuning




Masak pulut kuning lagi...., ni sebab selalu benar tengok Instagram Zarina Zainudin yg promo pulut kuning dan rendang...





Resepi Rendang Pedas



Bahan-bahan :



1/2 kg daging potong nipis.

1 1/2 biji kelapa ambil santan 1 liter

2 batang serai diketuk

2 sudu kerisik

1 keping asam keping



bahan mesin :



10 ulas bawang merah

2 biji bawang besar

5 ulas bawang putih

1 in halia

2 in lengkuas

1 camt jintan manis, putih dan ketumbar

sedikit kunyit

10 tangkai cili kering atau ikut suka kepedasan.





Cara-cara :



1. Bahan mesin+ serai + daging dan dimasak perlahan hingga 1/2 masak ( 40 minit...) Tambahkan air jika perlu.

2. + santan dan dimasak dgn api sederhana hingga kering dan daging empuk.

3. + asam keping dan sesuaikan rasa...












Pulut Kuning



1/2 kilo pulut direndam dengan 2 sudu kunyit serbuk dan 2 keping asam gelugor.

1 cawan santan pekat + 1 sudu garam dan 1/2 sudu gula.



Cara-cara :



1) Pulut direndam dgn serbuk kunyit dan asam gelugor selama2 - 4 jam.



2) Toskan pulut dan lalu sebentar dgn air. Kukus selama 20 minit.



3) Angkat pulut dan letak dalam besen yang besar. Arunkan dengan santan, biarkan ia meresap sebentar.



4) Kukus lagi 20 minit. Sedia untuk dihidang.











Entri Rendang Pedas dan Pulut Kuning Ulangsiar dari http://ift.tt/1yAmCG7

Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.
Tuesday 3 February 2015
Posted by Unknown

Sengkuang Calit




Tiba-tiba je nak buat sengkuang calit...



Kisahnya daripada pasar tadi. Ternampak ada sengkuang.



Sampai rumah, terus buat kuah rojak. Kuah warna merah, tak tahu nak buat. Jadilah kuah hitam pun sedap...



Bahan-bahan kuah rojak :



2 cawan kicap (1/2 botol kicap)

2 cawan sos cili

1 1/3 cawan gula merah

sedikit belacan besar ibu jari

20 biji cili padi dimesin halus dgn belacan

2 sudu tepung jagung dibancuh dgn sedikit air



Cara-cara



Campurkan semua bahan kecuali tepung jagung.

Masak hingga mendidih dan pekat sedikit.

Bila dah agak masak, tambahkan air tepung jagung dan biarkan pekat sedikit.















Entri Sengkuang Calit Ulangsiar dari http://ift.tt/1zCcaCd

Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.
Posted by Unknown

Popular Post

Labels


Umi Ayu Cake dan Biskut

Powered by Blogger.

- Copyright © Umi Ayu Cake dan Biskut -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -