Posted by : Unknown Sunday, 13 September 2020


Victoria Sandwich, kek yang sangat popular, ala-ala sponge cake gitu...kek ini ringan dan selalunya di sapu cream dan dilapis dua.


Resepi kek ni saya perolehi dari buku resepi yang dah lama saya beli (25 tahun dulu)


bahannya:

100g butter/mentega, 

100g gula kastor, 

100g tepung self raising

 2 biji telur besar 

1 sudu besar air panas...

caranya seperti buat kek butter biasa:

pukul gula dan butter hingga kembang, masukkan telur sebiji-sebiji dan kemudian masukkan tepung sikit-sikit, gaul rata, kemudian masukkan air panas...gaul rata dan bakar dalam dua pan kecil yang dialas dan disapu butter...pada suhu 180C selama 15 minit atau hingga masak...untuk cupcake ni kkida bakar antara 13 ke 15 minit...


keluar dan sejukkan, pastu bolehlah disapu aising atau topping...


saya suka aising yang simple camni, mix orange atau lemon juice dengan gula icing secukupnya dan sapu atas kek...yummy...


victoria sandwich kek sangat sesuai sebagai kek hiasan kerana ia ringan dan lebih sedap dari sponge cake biasa...jika nak varietykan perisanya pun boleh...

Entri Victoria Cupcake dengan Orange Icing Ulangsiar dari https://ift.tt/1qZvM10
Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Labels


Umi Ayu Cake dan Biskut

Blog Archive

Powered by Blogger.

- Copyright © Umi Ayu Cake dan Biskut -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -