Archive for 2014

Kuini Santan...

Musim kuini yang dah lama berlalu..., tapi baru nak masuk cerita dalam blog...








Ada sebatang pokok kuini yang ditanam oleh Arwah Ayah kat depan rumah. Alhamdulillah tahun ni berbuah agak banyak dan isinya sangat manis dan tak ada yang berulat. Sempat memberi rasa kepada jiran-jiran juga. Semoga mendapat sedikit keberkatan kepada tuan yang menanamnya.



Bila ada buah kuini yang masak serentak dalam 4- 5 biji memang ni je lah yang saya buat. Sebab semuanya suka. Kuini santan..., resepi drp arwah mak...



Bahan-bahan :



4 biji Buah kuini dikupas dan disincang isinya

4 sudu gula

secubit garam

2- 3 cawan santan segar atau santan kotak



Campurkan semua...








Simpan dalam peti ais hingga sejuk, baru makan..., sedappppp...





Entri Kuini Santan... Ulangsiar dari http://ift.tt/1GTtCBG

Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.
Thursday 18 December 2014
Posted by Unknown

Pulut Kuning...







Pulut Kuning makan dengan kari daging pekat, sambal tumis dan ulamkan timun...





Bahan-bahan



1 kg pulut

2 cawan santan pekat + 2 sudu garam + 2 sudu gula

kunyit serbuk

asam keping



Pulut di rendam dengan kunyit serbuk dan asam keping selama 2 hingga 4 jam

Kukus pulut selama 30 minit.






Arunkan dengan santan dan biar santan meresap.



Kukus lagi selama 20 - 30 minit.

Siap..












Entri Pulut Kuning... Ulangsiar dari http://ift.tt/1wkNw7r

Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.
Posted by Unknown

Popia Goreng n Homemade Sauce






Popia goreng ni mcm biasa sahaja resepinya...



Goreng sayur2 pilihan seperti kobis, carrot, cendawan, sengkuang, tauge dll yang disukai dengan bawang putih dan bawang besar, Perencahnya boleh letak udang yang dicincang. Jangan bubuh air masa masak, biar agak kering.



Lepas tu gulung dalam kulit popia dan goreng.



Sos Pencicah



15 biji lada merah dibuang biji

10 biji cili padi

3 ulas bawang putih

1/2 cawan gula

3 - 4 sudu cuka

garam



Mesin hingga halus cili dan bawang putih.

Masukkan dalam periuk dan masukkan gula cuka dan garam.

Sesuaikan rasanya.

Masak hingga pekat.











Entri Popia Goreng n Homemade Sauce Ulangsiar dari http://ift.tt/1wkNvQT

Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.
Posted by Unknown

Cekodok Sayur Cendawan...














Bahan-bahan



Tepung gandum

Sayur-sayur seperti carrot, kobis, cendawan tiram, kucai, tauge.

garam dan kunyit

telur.



Gaulkan semua dan agakkan kepekatannya. Jgn cair sgt.



Goreng dalam minyak panas...

Entri Cekodok Sayur Cendawan... Ulangsiar dari http://ift.tt/1wkNtbP

Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.
Posted by Unknown

Spaghetti Aglio Olio




Kesukaan Aman ni....



Resepi ringkas..., campak2 aje apa yang ada dlm peti ais... sukatan ikut agak2 sahaja la... macam masak mee goreng...



Bahan-bahan



1/2 paket Spaghetti di celur

1 bj bawang besar, 2 ulas bawang putih dan 7 biji cili padi atau chilli flakes dicincang halus

Perencah - seefood atau ayam

Sayur - carrot dan parsley atau apa shj.

Black pepper

minyak zaitun

parmesan cheese (kalau suka)



Cara-cara



Panaskan minyak, tumiskan bahan cincang hingga naik bau. Masukkan perencah dan kacau sebentar.

Masukkan 1/2 cwn air dan tunggu mendidih, masukkan spaghetti yang dicelur dan sayur.

Kacau sebentar, sesuaikan rasa.

Tutup api dan taburkan cheese dan kacau rata...










Entri Spaghetti Aglio Olio Ulangsiar dari http://ift.tt/1J6ONnW

Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.
Posted by Unknown

Roti Telur Cheese







Menu sarapan pagi yang ringkas...



Roti keping

cheese keping

telur - di pukul sedikit

marjerin



Panaskan pan, letak sedikit marjerin.

2 keping roti, letak cheese di tengahnya.

Celup dalam telur dan goreng dalam pan,

Terbalikkan di sebelah lagi dan goreng kekuningan...








Entri Roti Telur Cheese Ulangsiar dari http://ift.tt/13eBnp1

Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.
Posted by Unknown

Nasi Kashmiri dan Chiken Tikka Masala...

Makan nasi ni masa kami di Melbourne baru ni. Makan dekat satu kedai Indian restaurant, dekat dengan Elizabeth Street. Asal tuan kedai tu katanya daripada Singapore. Sedapnya rasa..., so balik je sini, godek2 resepi, dan cuba.... memang sedap...








Bahan-bahan Nasi Kashmiri



4 cawan beras basmathi, di rendam

1 biji bawang besar, 1 ulas bawang putih dan sedikit halia di cincang halus.

4 sudu minyak masak

Rempah 4 sekawan dan 1 sudu jintan halus.

1 cawan susu cair + sedikit saffron

1/2 cawan kismis

sedikit badam/ gajus digoreng sekejap.

3 1/2 cawan air



Cara-cara



1) Panaskan minyak, tumiskan bahan yang dicincang. Masukkan rempah 4 sekawan dan jintan dan kismis. Goreng hingga naik bau dan sedikit kekuningan.



2) Masukkan beras dan gaul mesra dahulu.



3) Alihkan dalam rice cooker, masukkan beras, air dan garam.



4) Biarkan hampir kering, masukkan susu dan badam.



Masak hingga kering.











Chikken Tikka Masala



1/2 ekor ayam, potong kecil-kecil

1 biji bawang besar + 3 ulas bawang putih + 1 in halia, separuh di mesin, separuh lagi dihiris halus.

1 sudu rempah kari daging + 1 sudu rempah kurma + 1 1/2 sudu serbuk cili

1 cawan tairu - 1 cawan susu cair + 1/2 biji air limau nipis/ 2 biji limau kasturi

1 sudu kecil rempah masala ( kat rumah tak ada, saya guna rempah nasi arab...)

Minyak sapi + minyak sayur untuk menumis

Lada hijau atau capsicum potong kasar.



Cara-caranya



1) Tumiskan bahan hiris hingga naik bau.



2) Bahan mesin + rempah2 dan di gaul sebati.



3) Masukkan bahan rempah dan dikacau hingga agak garing sedikit.



4) Masukkan ayam dan biar seketika hingga mesra.



5) Masukkan tairu. Kalau perlu, masukkan sedikit air. Masukkan capsicum. Masak hingga kuah sedikit pekat. Sesuaikan rasa. letak sedikit gula.







Entri Nasi Kashmiri dan Chiken Tikka Masala... Ulangsiar dari http://ift.tt/13eBpNA

Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.
Posted by Unknown

Sira Labu..




Teringat pulak kat Sira Labu..., selalu k Azura yg bawak. K Dah yg masakkan. (Hai K Dah..., kalau k Dah ada baca...)



Terlupa nak tanya resepi ngan K zura..., so redah kat internet je... dan edit mana yang perlu...






Mudah rupanya buat Sira Labu ni...



1/4 biji labu, kopek kulit dan potong iku suka. Rendam dlm air kapur. (Tp sy x buat...)

1 keping kecil gula melaka yang bentuk bulat



Ada org masakkan atas api yang kecil, tapi saya kukus, sebab mcm lagi senang, tak perlu risau labu akan hangus...






Kukuskan 20 - 30 minit hingga labu lembut...













Entri Sira Labu.. Ulangsiar dari http://ift.tt/1wH8tt9

Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.
Posted by Unknown

sambal kari udang



Salam, jika anda beli udang besar dan tak tau nak masak apa, jom cuba buat sambal udang berkari...sebenarnya cara masak sama seperti masak kari, cuma ia kering tanpa kuah...


bahan yang di perlukan adalah udang besar, serbuk rempah kari udang/ikan, daun kari, halba campur, cili blender, sedikit santan dan lain-lain bahan sampingan...kkida campur tomato ceri, timun jepun, bawang bombay dan cili hijau besar/bellpepper...



bersihkan udang, gunting aje sesungut dan ekornya...panaskan sikit aje butter atau minyak dan goreng udang beberapa minit atau hingga keperangan utk seal flavournya...ketepikan...


tumbuk beberapa biji bawang merah dan putih, panaskan minyak goreng udang tadi dan tumis bawang tumbuk, daun kari, halba campur dan kacau hingga wangi (seperti menumis kari) kemudian masukkan bancuhan rempah kari dan cili blender (kuantiti terpulang pada selera anda)...kacau hingga wangi dan kemudian masukkan udang...kacau rata...



akhir sekali masukkan sedikit pati santan, garam, asam keping, perisa...tutup periok/kuali dan biarkan ia mendidih beberapa minit atau hingga kering...hidang dengan nasi panas...sedap...:)


nanti anda cuba ye...:)



Entri sambal kari udang Ulangsiar dari http://ift.tt/1vYvZCQ

Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.
Friday 28 November 2014
Posted by Unknown

victoria cupcake with orange icing





Assalamualaikum,

hari ni angin tidak ribut tidak tetiba kkida teringat nak buat kek, sebenarnya keinginan nak membuatnye dah lama, tapi baru hari ni jadi kenyataan...tu pun sebab teruja tengok macam-macam rupa kek yang dikongsikan kat blog dan ig...hehe...tulah penangan dunia maya ni kan....lol






lately ramai kkida tengok orang buat victoria sandwich kek, tetiba jadi popular pulak kek tu....hehe...tapi sebenarnya kek tersebut dah lama wujud, kkida dah buatnye 20 tahun lalu...:)



kek yang namanya Victoria ni sebenarnya sama je seperti kek butter biasa, bahannye yang tu jugalah...butter/margerine, gula, telur, tepung...cuma mungkin sebab dia ringan seperti sponge kek berbanding kek biasa dan selalunye kek ni di sandwich dua lapis cam roti tu, maka tulah lekat namanye tu kot...lol



resepi victoria sandwich ni kkida perolehi dari koleksi buku resepi yang dah lama kkida beli...hehe...masa tu baru nak belajar baking...rasanya dah 20 tahun usianya (dah antik gitu...:)



resepi dari buku ni memang bagus...banyak juga yang kkida dah cuba dan hasilnya memang lumayan...:)







kkida rasa pernah share resepi ni...tapi takpalah...kkida share sekali lagi...

bahannya...

100g butter/mentega, 100g gula kastor, 100g tepung, 2 biji telur dan 1 sudu besar air panas...



caranya seperti buat kek butter biasa, pukul gula dan butter hingga kembang, masukkan telur sebiji-sebiji dan kemudian tepung, gaul rata, kemudian masukkan air panas...gaul rata dan bakar dalam dua pan kecil yang dialas dan disapu butter...pada suhu 180C selama 15 minit atau hinggal masak...untuk cupcake ni kkida bakar antara 13 ke 15 minit...








keluar dan sejukkan, pastu bolehlah disapu aising atau topping...







kkida suka aising yang simple camni, mux orange atau lemon juice dengan gula icing secukupnya dan sapu atas kek...yummy...




sebenarnya victoria sandwich kek sangat sesuai sebagai kek hiasan...kerana ia ringan dan lebih sedap dari sponge cake biasa...jika nak varietykan perisanya pun boleh...nantilah bila-bila kkida share pula victoria sandwich choc cake dll...:)



Entri victoria cupcake with orange icing Ulangsiar dari http://ift.tt/1qZvM10

Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.
Monday 24 November 2014
Posted by Unknown


salam, pagi tadi tak semena-mena kkida buat orange date salad ni, pepagi dah kepingin makan buah masam...hehe...cam orang ngidam pulok..:)...jangan buang tebiat ye...zaman tersebut telah lama berlalu...lol



sebenarnya hubby kkida tengok kat tv, ada sorang chef tu buat fruit salad camni...so dia pun suruhlah kkida cuba buat...gitulah ceritanya...since bahan-bahan pun ada...maka pagi tadi buatlah...nak rasa...



bahannya senang aje, buat oren, kupas kulitnya dan slice...buah kurma, racik sikit...pastu tabur atas isi buah limau tadi, siram dengan madu dan taburkan sikit serbuk cinnamon...sedia di hidang...dan memang sedap...:)



cerita semalam pula...kkida memenuhi jemputan kawan, makan kenduri cukur jambul dan kekah cucunya...maknye (yg melahirkan tu) kawan eka sejak kecil lagi...dah jadi ibu dah Farhuna, dulu budak-budak kecik aje...huhu...cepatnye masa berlalu...dan kita pun terasa semakin berusia...:)


Farhuna dapat baby boy (Farhuna nikah dua minggu lebih awal dari eka...:)


....dan seperti biasa, soalan lazim untuk kakak sekarang bila jumpa sesiapa sahaja adalah...



"bila lagi?"



so kkida pun sarankan pada eka...buat cop guna dakwat boleh padam...bila nak ke mana-mana cop dulu dahi tu...tulis



"saya belum lagi nak beranak buat masa ni....InsyaAllah jika ada rezki satu hari nanti pasti ada"



stress gakkan...jenuh nak menjawab pertanyaan setiap orang...huhu...


dah namanye kenduri aqiqah, maka pastilah kambing menu utama...ada gulai kambing dan kambing golek...memang sodaplah...sekali-sekala ok....takleh selalu...hidangan lain juga sedap belaka...


kueh tako yang sangat sedap...:) Alhamdulillah...


tak dilupa...2hb November lalu adalah hari lahir anak bongsu kkida, dah 15 tahun berlalu...besar dah anak mama...hmmmm...baru lagi ingat besalinkan dia kat sepital sjmc...kecik aje masa lahir tu sebab tak cukup bulan...la ni...Alhamdulillah, dialah yang paling besar sekali, kalah abang dan kakak semua, juga mama dah ayah...hehe...



mama luv mamam very very much...muga besar nanti jadi anak yang soleh yang akan mendokan mama dan ayah kelak...:')



cer tengok kecik ajer kan...atas gambar dengan abang awad, man, adam dan muaz...bawah ni mamam baru 1 yr 9 month...dlm flight nak ke London...on September 11, 2001...:)


bawah gambar tahun 2007 kat the Peak, Hong Kong....masih lagi kecil dari abang...:)


bawah ni gambar last year, dah cukup besar dah....lol...tapi masih boleh terus membesar kerana usianya baru 15 tahun...ada lagi 5 tahun nak membesar...hmmm...jangan jadi besar cam pakchu izham dah le...takut mama...lol....





ok, itu sembang kkida....ada banyak lagi yang nak disembang, nantilah ye....:)))



Entri Ulangsiar dari http://ift.tt/1BHVuvn

Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.
Monday 17 November 2014
Posted by Unknown

Popular Post

Labels


Umi Ayu Cake dan Biskut

Blog Archive

Powered by Blogger.

- Copyright © Umi Ayu Cake dan Biskut -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -