Archive for December 2019

Cupcake Buttermilk Coklat #Top10


Cupcake Buttermilk Coklat antara carian popular di Internet dan menjadi pilihan kerana rasanya yang enak dan sesuai menjadi hidangan di Majlis hari jadi atau majlis-majlis keraian.

Jom pelajari cara menyediakan resepi cupcake ini!

Bahan-bahan yang diperlukan:
  •  1/2 cawan butter
  • 1 1/2 cawan gula
  • 2 biji telur gred A
  • 1 sudu teh vanilla
  • 1 1/2 cawan tepung kek
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1 sudu teh baking soda
  • 1/4 sudu garam
  • 1/2 cawan buttermilk
  • 1/2 cawan air
Untuk Topping / Frosting
  • 1/2 cawan butter-suhu bilik
  • 3-3/4 gula perang
  • 2 sudu susu pekat
  • 2 ounces  coklat cair
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1/4 sudu teh garam

Cara-cara menyediakannya;

 1. Panas ven (suhu 370°c), sementara tunggu, pukul butter dan gula sehingga gebu. Masukkan telur satu persatu - pukul sehingga sebati.


2. Kemudian masukkan vanilla, tepung kek, baking Soda dan sedikit garam.

3. Masukkan serbuk koko diselang seli dengan buttermilk dan air-pukul sehingga sebati.

4. Setelah itu, bolehlah masukkan adunan tadi ke dalam cawan cupcake ( 2/3 cawan ).

bakar lebih kurang 15-20 minit. 


Untuk Frosting


1.  Pukul butter dan gula ising sehingga gebu. Masukkan coklat (cair), vanilla dan garam.

2. Sedikit coklat parut untuk hiasan

Selamat mencuba!!


Entri Cupcake Buttermilk Coklat #Top10 Ulangsiar dari https://ift.tt/2PY3tQY
Friday 27 December 2019
Posted by Unknown

Belajar Buat Butter Cheese Cupcake



Untuk membuat Butter Cheese Cupcake ini, tidaklah sukar hanya perlu ikut apa yang disarankan dalam resepi ini.

Bahan-bahan yang diperlukan;

1. 40gm krim keju
2. 40gm mentega
3. 40ml susu segar
4. 2 biji telur
5. 50 gm gula perang
6. 100gm tepung kek
7. 1 sudu teh serbuk penaik.
8. 1/2 sudu teh soda bikarbonat
9. Sedikit buah strawberi dan parutan coklat untuk deko.

Adunan krim keju

1. 250gm krim keju.
2. 250gm mentega.
3. 100gm gula ising
4.  250gm krim putar
5. 1 sudu teh jus lemon

Cara menyediakan

1. Pukul krim keju, mentega dan susu sehingga sebati kemudian letak tepi..masukkan dalam satu bekas.

2. Selepas itu pukul telur dan gula perang kemudian masukkan adunan pertama tadi (krim keju,mentega dan susu)

3. Satukan tepung kek,serbuk penaik dan soda bikarbonat, kemudian masukkan ke dalam adunan. Kacau sehingga sebati.

4. Masukkan adunan td ke dalam cawan cupcake (3/4) jangan terlalu penuh..kemudian kukus selama 40-50 minit.

Untuk Topping

1. Pukul krim keju, mentega dan gula.
2. Kemudian masukkan gula, jus lemon dan krim putar untuk lebih gebu.

Setelah kek sudah masak bolehlah hias mengunnakan krim keju dan letakan sedikti buah strawberi dan coklat parut.

Selamat mencuba!




Entri Belajar Buat Butter Cheese Cupcake Ulangsiar dari https://ift.tt/2saihmy
Wednesday 25 December 2019
Posted by Unknown

Gambar Bakal Sultan Kelantan

Wow.. comelnya. Akhirnya terbongkar gambar bakal sultan kelantan, Tengku Ismail Leon Petra ibni Tengku Muhammad V Faris Petra. Kisah kontroversi perkahwinan bekas ratu cantik Moscow, Rihana Oksana Gorbatenko dengan Sultan Kelantan berpanjangan.

Ada netizen menyokong, tak kurang juga mengeji.

Tetapi selepas gambar ini didedahkan, netizen yamg mengeji selama setahun tadi, kini simpati..


Comelnya anak Rihana Oksana, macam muka Sultan Kelantan.

Entri Gambar Bakal Sultan Kelantan Ulangsiar dari https://ift.tt/2Ra0llR
Monday 2 December 2019
Posted by Unknown

Popular Post

Labels


Umi Ayu Cake dan Biskut

Powered by Blogger.

- Copyright © Umi Ayu Cake dan Biskut -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -