Archive for January 2015

Assalamualaikum,

genap hari ni baru seminggu kkida tutup blog...dan hari ini juga genap seminggu rumah kkida diceroboh oleh pencuri aka penyamun aka penyangak aka perompak...hanya mereka yang mengikuti ig kkida aje yang tahu hal ini...yg hanya follow blog mungkin tak tahu atau memang tak tahu sebab tu kkida terima banyak email tanya kenapa tak boleh ekses blog ini...dan minta kkida jelaskan...



oleh kerana kkida masih lagi dlm keadaan ngelimbang ngelibu dan trauma, kkida rasa buat masa ini blog ini langsung tak relevan dlm kehidupan harian kkida dan merasakan antara penyebab rumah kkida dicerobohi pada subuh jumaat lalu...mungkin....:'(



harap kalian faham dengan keadaan kkida...buat masa ini itu aje kkida nak cakap dan buat masa ini juga kkida memang tak ada hati nak berblog...kena beri sedikit ruang masa utk pulihkan semangat ini...kkida hanya buka blog ini utk tempoh 24 jam untuk update kesah ini...



semuga kita semua dilindungi Allah dari mereka yang zalim...amin...



p/s all my travel photos yg terbaru gone with the penyagak (cameras/hps/ipads)



Entri Ulangsiar dari http://ift.tt/1K87zc3

Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.
Thursday 29 January 2015
Posted by Unknown

kedai jual sayur yang comel...





Salam,

kkida tak tau nak letak tajuk entri ni, so i make it straight forward ajelah ye...pertama kkida suka kedai ni sebab memang nampak comel dari luar dan dalam, apa yang comelnye?



saiz kedai ni memang comel, sama besar dengan bilik mandi kkida, eh! sorry...besar sikit, sama saiz dengan bilik tidor kkida...hehe...



kedua dia jual sayur je, good idea, takda ikan atau daging (mungkin tuan kedai ni vegetarian kot...) agak kkidalah...huhu...memandai aje..,kannn...:)






ni entrance masuk ke kedai yang cute tersebut, kat depan pintu kedai tu belah kanan dia letak sayur ni....namanye brussels sprout atau senang kita panggil kobis cute lah...hehe...sayur ni memang keluarga kobis...cer tengok rupanya tu....kecik-kecil dan tumbuh kat batang kobis tu...kkida jarang dan tak pandai makan brussels sprout ni...baik beli kobis betul tu...senang citer kan...lol...






belah kiri pintu dia letak bunga ni....daffodils tak silap kkida ni...satu bunch 1.99 pounds...







kiri kanan pintu ada gelas kaca besar untuk display supaya nampak menarik dari luar...dan memang menarik pun terutama kaca bawah ni....sangatlah menarik pada pandangan kkida hingga menarik-narik kkida untuk menjengah ke dalam kedai...







kacang kacang dan home made jams and pickles (nasib tuan kedai tak marah kkida dok snap gambar dalam kedai dia...atau memang depa dah tak heran dengan orang-orang yang 'berpenyakit' cam kkida ni...huhu...:)






cer tengok bawang-bawang tu...tak ke comel bergantungan camtu....bawang betul tu...bukan plastik ok...save ruang...sapa nak beli yang dah siap berikat angkat aje satu bunch bawa balik...



bakul yang bersusun tu utk letak barang apa yang kita nak beli...kecil aje kan...padan dengan saiz kedai ni...beli utk makan dua hari punya stok aje...bukan cam kkida sekali angkut dua troli...lol





sayuran yang biasa dan luar biasa yang tak biasa kkida tengok...




rak dan kaki meja guna bahan terbuang...





tete a tete...bunga baru nak idup...bahasa bunga....kkida tak paham...lol




ok sampai sini dulu...esok sambung lagi....mata dah ngantuk sebab kkida baru makan ubat selsema yang kuat sikit,,,tengok ada kesan tak...:P bye



Entri kedai jual sayur yang comel... Ulangsiar dari http://ift.tt/1yxjEax

Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.
Monday 19 January 2015
Posted by Unknown

selamat menyambut tahun baru 2015





Assalamualaikum,

lama kkida tak update blog ini, semalam baru kkida tiba rumah after 3 weeks 'merayap'...hehe...



sebenarnya masih lagi tak daya nak menaip dan update blog kerana badan pun masih letih dan kurang sihat, mood utk berblog pun belum mai lagi...tapi dek kerana lama sangat tarikh dan cerita yang sama dok terpampang kat muka depan blog ni, kkida decide to update sikitlah, just a short story....jemu pula bila tengok gambar yang sama aje dekat nak sebulan...:)






hari ni dah 15hb, kkida baru dapat ucapkan"selamat menyambut tahun 2015" buat anda yang rajin jengah kemari...muga tahun ini mampu kita jalani dengan sebaiknya....tahun 2014 kita tinggalkan dengan banyak kenangan yang memilukan...walaupun jauh tapi kkida sering ikuti perkembangan terutama mengenai pesawat AA, tv kat sana pun hari-hari update berita terkini tragedi tersebut...:'(






...semua foto-foto ni kkida ambil masa transit satu malam kat Dijon...ye, tempat bermulanya lepa dijon mustard yang anda makan dengan hotdog tu...hehe...kat bandar nilah ia direka cipta...kkida sempat singgah kat kedai jual mustard tersebut...Insyaallah nanti kkida update fotonya ye...:)



masa mula-mula tengok pastries, breads and sandwiches ni kkida punyalah teruja nak ambik gambar...yelah mana pernah tengok semua ni kat KL kan...so jadi jakunlah jap...tapi lama kelamaan kejakunan kkida tu hilang...jadi cemuih le pulak nengoknye...hehe....nantilah kkida share lagi gambar-gambar roti dan pastries yang berlambak tu...



....jangan muntah udah le tengok gambar makanan yang sama aje...yes tiada gambar nasi lemak dan roti canai sepanjang kat europe...lol






makaron pun melambak...sana sini....semua orang pun pandai buat macaroon kat sana...:)





krismas market...most bandar ada market ni sepanjang musim perayaan xmas...nantilah kkida share more photos later...



ok sampai sini dulu ye...:)



Entri selamat menyambut tahun baru 2015 Ulangsiar dari http://ift.tt/155DZHl

Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.
Saturday 17 January 2015
Posted by Unknown

Makaroni Cheese Bakar...









Buat untuk sarapan pagi tadi...., ke main sedap kata Aman...



Bahan-bahan



2 cawan macaroni di rebus

1/2 bj bawang besar dicincang

2 ulas bawang putih dicincang

1 bj tomato di potong dadu

1 cawan daging cincang

2 sudu rempah kari

3 sudu sos cili

sedikit minyak zaitun

herba campur / oregano

Parmesan Cheese

Daun sup/bawang.



1) Panaskan oven 170 C



2) Panaskan kuali, tumiskan bawang dan tomato dengan minyak zaitun hingga kekuningan sedikit.



3) Masukkan rempah kari, kacau sekejap, masukkan daging cincang dan sos cili.



4) Masukkan 1/2 cawan air dan biarkan sebentar. Masukkan macaroni rebus, hirisan daun sup/bawang dan sesuaikan rasa. Tutup api.



Bahan Custard

1 cawan susu segar

4 biji telur

garam

sedikit serbuk lada hitam



Kacaukan semua dengan garpu hingga sebati



Ambil satu tin pembakar yang sederhana besar shj. Lenserkan dengan butter sedikit

Masukkan macaroni yang kita goreng tadi.

Tuangkan bahan custard tadi.

Taburkan dengan cheese.

Bakar selama 20 minit.















Entri Makaroni Cheese Bakar... Ulangsiar dari http://ift.tt/14xSUd8

Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.
Thursday 8 January 2015
Posted by Unknown

Laksa Penang...






Teringin nak makan, lama sangat tak buat. Malas sikit nak buat laksa ni sebab anak tak suka makan laksa. Makan yang beli punya susah nak jumpa kuah yang sedap dan agak pekat..., selalunya cair secairnya...



Bahan-bahan

(10 pinggan)



5 ekor ikan selayang - direbus dgn garam dan asam keping, dan dikopek isi.

2 biji bawang beasar

3 ulas bawang putih

10 - 15 tangkai cili kering

2 keping asam jawa

1 in belacan

1 ketul lengkuas dititik (kalau suka)

Daun kesom dan bunga kantan



Bahan-bahan tabur



Salad dipotong halus

Timun

Bawang besar

Limau kasturi

Telur rebus

Petis udang (jika suka)



Cara-cara



1) Ikan yang dikopek isi, dimesin halus.

2) Campurkan semua bahan dalam periuk dan panas kan hinga mendidih.

3) Masukkan daun kesom dan bunga kantan.

4) Sesuaikan rasa.








Entri Laksa Penang... Ulangsiar dari http://ift.tt/1xUlDFG

Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.
Posted by Unknown

Kimchi




Bahan-bahan



1 biji kobis panjang - potong ikut suka, saya x suka besar2, so sy potong dalam 1/2 inci...









1 btg carrot - sy sagat halus

2 pokok kucai- potong 1 in

1 biji bawang besar dan 2 ulas bawang putih - dicincang halus

2 sudu garam halus

3-4 sudu serbuk cili



Bahan bubur



1/4 cawan tepung beras + 1/4 cawan tepung pulut

1/2 cawan gula

2 cawan air



Masak hingga pekat, dan biarkan sejuk.




Bahan Bubur





Cara membuat :



1) Kobis yang siap dibasuh dan dipotong, ditaburkan garam dan digaul rata. Biarkan hingga 4 jam. Selepas 4 jam, basuh dan bilas 2 - 3 kali dan perahkan sedikit kobis tu.



2) Sementara itu, bahan bubur + serbuk cili dan kacau sebentar.



3) Letak semua kobis, carrot, daun kucai dan bawang dalam besen besar, gaulkan dengan bahan bubur dan cili tadi. Gaulkan rata supaya semua bahagian kena.



4) Masukkan dalam bekas dan biarkan di luar dahulu sehingga kimchi kelihatan berbuih sedikit.

Masa ni pun dah boleh makan. Saya lagi suka kimchi yang belum masam...



5) Lepas tu baru simpan dalam peti ais...














Entri Kimchi Ulangsiar dari http://ift.tt/1HRiHLc

Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.
Posted by Unknown

Tiramisu guna telur...







Bahan-bahan :



4 biji kuning telur

1/2 cawan susu

3/4 cawan gula

250 gm cream cheese / mascarpone cheese

1 kotak kecik cream

2 paket biskut lady finger

sedikit serbuk koko

1 cawan air nescaffe tanpa gula



Cara-cara



1. Dalam periuk kecil, satukan kuning telur, susu dan gula. Panaskan dan sentiasa kacau hingga sedikit mendidih ( nampak ada buih di tepi periuk) dengan api yang sederhana. Sejukkan.



2. Gunakan mixer, pukul cream hingga pekat. Campurkan bahan (1), cream dan cheese. Pukul lagi hingga sebati.



Susun Tiramisu...



















1) Sedia satu bekas.

2) Ambil biskut dan golekkan cepat2 dalam air nescafe, dan susun dalam bekas.

3) Letakkan separuh bahan cream tadi dan ratakan. Nak taburkan serbuk koko pun boleh.

4) Susun lagi 1 layer biskut yang di golek dalam air nescafe dan habiskan cream tadi dan rratakan.

5) Taburkan dgn serbuk koko.

6) Sejukkan dalam peti ais selama 1 - 2 jam sebelum makan.





Entri Tiramisu guna telur... Ulangsiar dari http://ift.tt/1wWp5IT

Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.
Posted by Unknown

Popular Post

Labels


Umi Ayu Cake dan Biskut

Powered by Blogger.

- Copyright © Umi Ayu Cake dan Biskut -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -