- Back to Home »
- 1001 Resepi , Informasi , Menarik , Resepi »
- Dalca Daging dan Sayuran
Posted by : Unknown
Tuesday, 22 September 2020
Ini adalah kuah dalca yang saya buat semalam....lebih kuah dan kurang santan....sedap rasanya dan bawah pula adalah kuah dal yang saya buat beberapa minggu lalu....agak pekat sikit dan lebih santan....kedua-duanya saya buat dengan cara yang sama cuma hasilnya berbeza....apa-apa pun yang penting rasanya sedaappp :)
Dalca sedap dimakan dengan nasi minyak atau roti canai...buatnya agak renyah kerana terdapat banyak bahan yang perlu disediakan...jom tengok cara saya buat dalca...
Bahan-bahan
kacang dal halia (titik) bawang putih (ketuk)
tulang atau daging lembu/mutton/lamb/chicken
kuantiti untuk bahan-bahan diatas kena agak sendiri....
Potong daging kecil (bite size) dan rebus dengan kacang dal sehingga separuh empuk. masukkan beberapa sudu rempah daging dan halia yang dititik.
Rebus sehingga daging empuk...kacang dal jangan hancur sangat...kemudian masukkan bahan-bahan di bawah (optional) dan masukkan santan.
Rebus sehingga semuanya empuk, (bahan-bahan ini hendaklah dimasukkan mengikut turutan, iaitu masukkan yang keras dahulu kepada yang lembut).
Kemudian masukkan bahan perisa seperti garam, gula dan perisa.
Lain-lain bahan
ubi kentang carrot nangka muda
kacang panjang tomato
terung bendi pisang muda
Bahan tumis
Kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, daun kari, bawang merah dan putih (cincang).
Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan ini sehingga bawang kekuningan.
Tuang ke dalam kuah dal tadi dengan minyaknya sekali...tutup api dan kacau sedikit
(tumis cara ini saya sebut sebagai tumis darat, iaitu bahan tumis dimasukkan kemudian).
Sedia untuk dihidang.
Jika makan dengan roti canai sedap kalau ada sambal tumis...
(repost 2010)
Entri Dalca Daging dan Sayuran Ulangsiar dari https://ift.tt/3iWGtxK
Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.