Archive for August 2013

2 Asas Utama Cupcake atau Kek Cawan

2 Asas Utama Cupcake ataupun Kek Cawan. Tahukah anda apa jenis kek dasar untuk dijadikan asas Kek Cawan. Asas Kek Cawan boleh dibuat dengan menggunakan 2 jenis Kek Dasar, iaitu Kek Mentega atau Kek Span. 

2 Asas Utama Cupcake atau Kek Cawan

Kek Mentega atau Kek Span

Bagaimanapun, untuk struktur yang kukuh dan rupa bentuk yang lebih baik, ramai chef cake popular mencadangkan kek mentega dijadikas asas untuk dasar Cupcake. Jika menggunakan Kek Span, struktur cupcake akan kelihatan cekung di tengahnya. Ia mungkin kerana asas Kek Span yang agak lembut jika dibandingkan dengan Kek Mentega. Semoga entri 2 Asas Utama Cupcake atau Kek Cawan ini memberi manfaat.

Perisa Cupcake Popular

Selain itu, Anda boleh mempelbagaikan Perisa Kek Mentega yang menjadi Kek Dasar tersebut mengikut citarasa masing-masing. Contoh Perisa Cupcake Popular ialah perisa vanila, kopi, strawberi, oren. Baca juga Cupcake Pertama dalam Sejarah. Ia Sejarah Kek Cawan yang Menarik.


Saturday 17 August 2013
Posted by Unknown

Cupcake Pertama dalam Sejarah

Cupcake Pertama dalam Sejarah. Cupcake dalam Bahasa Melayu ialah Kek Cawan. Namun ada beberapa negara menggunakan istilah  Fairy Cake untuk Kek Cawan ini. Cupcake, kebiasaan dan secara umumnya ialah kek kecil yang disediakan untuk seorang dan biasanya diletakkan dalam cawan kertas. Walaupun Kek Cawan ini kecil, namun seperti kek-kek besar yang lainya, aising dan lain-lain hiasan, seperti taburan gula dan biskut juga  diletakkan bersama cupcake. Kek Cawan biasa selalunya dibuat menggunakan bahan yang sama seperti kek biasa yang mana mengunakan bahan seperti mentega, gula, telur dan tepung.

Cupcake Pertama dalam Sejarah
Sejarah Asal Usul Cupcake

Cupcake dan Majlis Keraian

Cupcake Popular di sesuatu majlis keraian. Hingga ada yang menggelarkannya Kek Keraian. Kek Cawan ini selalunya disediakan semasa berlangsungnya suatu sambutan, seperti Majlis Hari Jadi dan Majlis Perkahwinan. Kek Cawan adalah pilihan mudah bagi kek kerana ia tidak memerlukan pinggan, perkakasan, atau membahagikanya kepada beberapa bahagian kerana saiznya yang agak kecil.

Cupcake Pertama di Dunia

Bilakah Cupcake Pertama dicipta. Cupcake mempunya sejarah yang lama. Kek Cawan yang pertama, dicipta ialah pada awal tahun 1800-an. Cupcake Pertama dalam Sejarah dan Kisah Cupcake sememangnya menarik dan pastinya banyak perubahan dan revolusi telah berlaku dan dilalui oleh Kek Cawan sehingga sepertimana yang kita lihat pada hari ini.

Cupcake Pertama dalam Sejarah, Cupcake, Kek Cawan dan Fairy Cake. Bilakah Cupcake Pertama dicipta, Sejarah revolusi cupcake, Kek Popular di Majlis Keraian http://umicakebiskut.blogspot.com/2013/08/cupcake-pertama-dalam-sejarah.html #Cupcake 


Thursday 15 August 2013
Posted by Unknown

Popular Post

Labels


Umi Ayu Cake dan Biskut

Powered by Blogger.

- Copyright © Umi Ayu Cake dan Biskut -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -