Posted by : Unknown Sunday 20 September 2020


Betik muda pelbagai guna, sedap dijeruk, dicicah dengan cili kicap...tapi bagi saya betik muda sedapp direbus dan dimakan dengan sambal belacan atau dibuat gulai dengan udang, kerang, daging, ikan bilis, dsbnya.


Cara masak kari sama sahaja...untuk resepi ini saya guna rempah kari udang Adabi...memang sedap...tumis bawang2 dan daun kari seperti biasa, masukkan sedikit halba campur atau biji sawi...

Setelah wangi, masukkan rempah kari udang dan sedikit air...masak sehingga pecah minyak, masukkan betik muda dan air dan sedikit santan...tambah asam keping, garam, gula dan perisa secukupnya...masak sehingga betik empuk...akhir sekali masukkan udang dan masak sebentar sahaja, dalam 3 minit kuah mendidih...

Hidang dengan nasi dan sambal belacan...

(repost from 2012 ~ entri ini adalah sama koleksi dengan entri Ayam Goreng dengan Tepung Muruku sebelum ini...so komen2 yg terdapat di sini adalah ditujukan kepada entri sebelum ini...harap maklum)

Entri Kari Udang dengan Betik Muda Ulangsiar dari https://ift.tt/2RIgnTc
Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Labels


Umi Ayu Cake dan Biskut

Blog Archive

Powered by Blogger.

- Copyright © Umi Ayu Cake dan Biskut -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -