- Back to Home »
- 1001 Resepi , Informasi , Menarik , Resepi »
- Apam Tepung Beras
Posted by : Unknown
Thursday, 17 September 2020
Cubaan pertama membuat apam walaupun tak secantik dan sempurna rupanya...tak pernah terlintas di fikiran untuk buat apam walau pun kueh ni memang kueh kegemaran saya....selain makan dengan kelapa, apam juga sedap dimakan cicah dengan kari, sambal sardin, sambal bilis dsbnya....
Resepinya (saya ubah sikit dari resepi asal)
1 cawan nasi blender dengan 1 cawan air hingga hancur...
1/4 cawan air suam kuku (jangan panas sangat) campurkan 1 sdt yis kering dan ketepikan 10 minit...
tuangkan campuran yis ke dalam blender nasi tadi bersama gula (kkida hanya guna 1/4 cawan gula je) dan campurkan juga 2 cawan tepung beras....
blend dengan kelajuan minimum hingga semua bahan sebati...2,3 minit...
tutup blender dengan kitchen towel dan biarkan sehingga 3 ke 5 jam...(saya buat jam 12 dan kukus tadi jam 5 petang)...
sebelum kukus masukkan 1 peket ENO dan blend perlahan dalam 2 minit...sudukan ke dalam bekas kecil dan kukus dalam kukusan yang panas selama 15 ke 20 minit...atau hingga apam tu merekah...
Saya kisar apam dalam blender dan terus tuang ke acuan dan kukus...
putih bersih...saya tak guna pewarna...
bila diterbalikkan...bahagian bawah apam...
rekahannya tu tak secantik apam yang dikukus dalam paper cup atau bekas bulat comel...bekas ni besar...jadi camtulah rupa rekahannya...
Makan dengan kari ayam, rendang dan sambal ikan bilis....hmmm...seketul tu dah cukup mengenyangkan...
Selamat mencuba (repost from 2011)
Entri Apam Tepung Beras Ulangsiar dari https://ift.tt/3c4XrHJ
Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.