Posted by : Unknown Thursday 8 October 2020


Salam, jika anda beli udang besar dan tak tau nak masak apa, jom cuba buat sambal udang berkari...sebenarnya cara masak sama seperti masak kari, cuma ia kering tanpa kuah...


Bahan yang di perlukan adalah udang besar, serbuk rempah kari udang/ikan, daun kari, halba campur, cili blender, sedikit santan dan lain-lain bahan sampingan...

Saya campur tomato ceri, timun jepun, bawang bombay dan cili hijau besar/bellpepper...

Bersihkan udang, gunting aje sesungut dan ekornya...

panaskan sikit aje butter atau minyak dan goreng udang beberapa minit atau hingga keperangan utk seal flavournya...ketepikan...


Tumbuk beberapa biji bawang merah dan putih, panaskan minyak goreng udang tadi dan tumis bawang tumbuk, daun kari, halba campur dan kacau hingga wangi (seperti menumis kari)

Kemudian masukkan bancuhan rempah kari dan cili blender (kuantiti terpulang pada selera anda)...kacau hingga wangi dan kemudian masukkan udang...kacau rata...

Akhir sekali masukkan sedikit pati santan, garam, asam keping, perisa...tutup periok/kuali dan biarkan ia mendidih beberapa minit atau hingga kering...hidang dengan nasi panas...sedap...:)


nanti anda cuba ye...:)
(repost from 2014)

Entri Sambal Kari Udang Ulangsiar dari https://ift.tt/1vYvZCQ
Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Labels


Umi Ayu Cake dan Biskut

Blog Archive

Powered by Blogger.

- Copyright © Umi Ayu Cake dan Biskut -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -