Posted by : Unknown Tuesday 13 October 2020



Kek ni sangat moist dan sedap...jom tengok bahannya...dan cara buatnya...
(resepi ini saya perolehi dari pakcik google, tak ingat website mana...)


Bahan-bahan

2 cawan gula

3/4 cawan hershey's cocoa

1 3/4 cawan tepung all purpose

1 tsp garam

1 1/2 tsp baking soda

1 1/2 tsp baking powder

Campurkan semua bahan dalam satu bekas dan gaul rata...kemudian masukkan...

2 biji telur...pukul sedikit

1 cawan susu

1/2 cawan minyak sayuran

Pukul semua bahan di atas pada tahap medium selama 2 minit...akhir sekali masukkan...

1 cawan air mendidih dan gaul sebati...

guna bekas yang comel ini, beli dari jauh...:)

berkilat cantik kek tokma kan...:)

Panaskan oven pada suhu 180C...gris baking pan pilihan anda dan tuangkan batter kek...

Bakar sehingga masak....untuk saiz pan seperti diatas...saya bakar selama 35 minit...

sejukkan 10 minit sebelum di sapu dengan chocolate frosting...


CHOCOLATE FROSTING

1/2 cawan butter atau margarine

2/3 cawan HERSHEY'S Cocoa

3 cawan powdered sugar

1/3 cawan susu milk

1 teaspoon vanilla extract

Cairkan butter...masukkan coco dan gaul rata...masukkan gula dan susu berselang-seli dan gaul sehingga mendapat kepekatan yang sesuai untuk di oles pada kek...

Saya ikut seratus peratus resepi dan cara buat kek ini, tak ubah apa-apa...cuma rupa kek tu tak cantik kerana saya memang tak pandai mendeco kek....:)...

Dan untuk menutup keburukan chocolate frosting tu, saya taburkan badam yang telah di bakar :)

Selamat mencuba...

Walaupun tiada rupa, tapi rasanya ada...

Yummmm!!!

(repost from 2012)

Entri Moist Hershey's Chocolate Bundt Cake Ulangsiar dari https://ift.tt/3lJqp3c
Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Labels


Umi Ayu Cake dan Biskut

Blog Archive

Powered by Blogger.

- Copyright © Umi Ayu Cake dan Biskut -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -