Posted by : Unknown Thursday 15 October 2020


Sebab warnanya hijau, saya namakan sambal daging cili hijau kerana sambal tersebut menggunakan cili hijau besar dan kecil semata semata-mata...

Sekali sekala tukar selerakan...selalu sambal warna merah...tapi cantikkan warna hijau tu...

Untuk resepi ni saya guna 

5 biji cili hijau besar, 

10 biji cili padi hijau,

 5 biji buah keras, 

5 ulas bawang merah, 

3 ulas bawang putih, 

1/2 biji bawang besar, 

1 inci halia

semuanya diblender hingga lumat...

Daging anggaran 1/2 kg, saya potong keping-keping dan rebus dulu hingga airnya kering..


Cara masak

Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan blender tadi dan kacau sebentar...

Masukkan daging dan kacau hingga mesra, perahkan sebiji limau nipis, 

Masukkan 2 sudu besar santan (optional) untuk berikan creamy texture kat sambal tu...

Tambahkan garam, gula dan perisa...akhir sekali masukkan cincangan daun ketumbar...

Kacau hingga kering dan berminyak....

Rasanya haruslah sedikit pedas, lemak, manis, masam dan wangi daun ketumbar...

sedaplah...


(repost from 2011)

Entri Sambal Daging Cili Hijau Ulangsiar dari https://ift.tt/3nNWCIR
Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Labels


Umi Ayu Cake dan Biskut

Blog Archive

Powered by Blogger.

- Copyright © Umi Ayu Cake dan Biskut -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -