Posted by : Unknown Saturday 17 October 2020


Sesuai untuk breakfast...jika jemu makan scramble egg, apa kata kita buat omelet pula...agak heavy juga untuk breakfast...so eloklah bagi untuk brunch...lunch tak payah masak dah...

Jom tengok resepi ini...


Potong cube 2 biji kentang kulit merah, jangan buang kulitnya...panaskan butter dan saute kentang hingga masak kekuningan...


Pukul 10 biji telur, tambahkan susu full cream 1/2 cawan, garam, serbuk bawang putih, 
dill kering, lada putih...


Tuang telur yang dipukul tadi ke atas kentang yang dah masak...biarkan telur set sebentar dalam 2,3 minit...letak ketulan kecil butter dan taburkan parutan cheese atas omelette yang masih cair...


Panaskan oven dan masukkan omelette (guna kuali tahan panas) kedalam oven...200C selama 15 minit atau hingga telur keras bahagian atasnya...keluar dan ketepikan dulu...


Untuk sosejnya pula...masak 10 batang sosej atas grill pan...bila dah masak keluarkan dan potong sosej kepada 4 setiap satu (seperti foto atas)

Dalam grill pan yang sama sautekan 1/2 biji bawang besar putih yang di potong bulat nipis hingga lembut...masukkan semula sosej tadi...

Masukkan 2 sudu besar orange marmalade, 2 sudu besar madu, 1 sudu besar dried cili flakes, salt and pepper...kacau sebentar...


Potong omelette dan hidangkan dengan sosej...tabur daun ketumbar sikit...hidangkan...
sedap dan pasti mengenyakkan...

(repost from 2011)

Entri Omelet Kentang, Honey Sosej Ulangsiar dari https://ift.tt/3dzmyD1
Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Labels


Umi Ayu Cake dan Biskut

Blog Archive

Powered by Blogger.

- Copyright © Umi Ayu Cake dan Biskut -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -