Posted by : Unknown Saturday 3 October 2020


Resepi yang tak berapa rajin nak dibuat, namun sekali sekala memang nak makan juga home made pau ni...jom tengok cara saya buat pau ayam...


Resepi ni adalah dari mauripan instant yeast packaging...

jika beli yeast mauripan satu kotak, kat dalam tu ada disertakan beberapa resepi untuk roti dsbnya....

ini adalah resepi untuk pau...dan tepungnya saya guna tepung pau brand blue key...

bahan-bahannya

1kg tepung pau blue key

1 paket 11g mauripan yeast

1 cawan gula putih halus

1/2 cawan minyak jagung...
(saya guna minyak sunflower n olive, mix)

2 1/2 cawan air

caranya

Larutkan gula dalam air

Gaul rata tepung dan yeast dalam mangkuk mixer

Masukkan minyak ke dalam tepung

Dengan mengguna hook menguli, gaul tepung perlahan-lahan sambil tuangkan campuran air ke dalam tepung

Gaul adunan dengan kelajuan perlahan selama 3 minit hingga doh menjadi seketul dan tiada yang melekat pada mangkuk adunan

Letakkan doh pau ke atas papan/dulang dan uli selama 10 ke 15 minit dengan tangan hingga doh menjadi licin dan kenyal

Timbang doh menjadi bebola kecil seberat 60-70g setiap satu...ketepikan doh selama 10 ke 15 minit

Leperkan doh dan isikan intinya...tutup dan bulatkan doh cantik-cantik atau anda boleh bentuk doh ikut bagaimana yang anda suka...

Biarkan doh selama 30 minit atau hingga ia betul-betul kembang dan gebu...

Susun  pau dalam bekas kukus dan kukus selama 10 ke 15 minit pada suhu yang tinggi... 



Inti pau ni sebenarnya terpulang kepada pilihan anda...untuk pau kali ni saya guna isi ayam...

4 keping dada ayam...buang kulit dan potong kecil-kecil

3 sudu besar sebuk kari ayam + 1 sudu besar serbuk rempah kurma + 1 sudu besar cili blender...

campur air sikit untuk jadikan pes (seperti masak kari)

tumbuk 3 ulas bawang merah dan 3 ulas bawang putih dan seinci halia...

selain tu sediakan daun kari, kulit kayu manis dan bunga lawang

panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang tumbuk, daun kari dan kayu manis/lawang

bila dah wangi masukkan pes rempah tadi dan biarkan didih sebentar, kemudian masukkan ayam, 

garam, gula dan perisa...kacau hingga betul-betul kering...angkat dan sejukkan....isikan dalam doh pau..


hmmm....sedap nampakkan....memang sedap...tambah tokma yang buat....hehe....:)
(repost from 2011)

Entri Pau Ayam yang Gebu Ulangsiar dari https://ift.tt/2Gdyqi9
Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Labels


Umi Ayu Cake dan Biskut

Blog Archive

Powered by Blogger.

- Copyright © Umi Ayu Cake dan Biskut -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -