Posted by : Unknown Tuesday 13 October 2020


Saya ingin berkongsi dengan anda resepi nasi tomato dari buku resepi lama tulisan jawi...buku resepi #mymum yang sangat lama...tidak pasti jika ada perbezaan antara resepi nasi tomato dahulu
 (sekitar 50an) dan sekarang....

Jika anda pandai baca tulisan atas tu lagi bagus...bawah ni tokma cuba translatekan dari tulisan jawi ke tulisan rumi...Jom cuba buat, mana tahu rasanya lebih enak...:)


Bahan-bahan

1 cupak beras siam yang baik             2 camca besar minyak sapi           1/2 tin mentega

1/2 lb atau 1 tin kecil susu cair cap Peladang (masih adakah lagi susu cap ini?)

1/4 botol tomato botol buatan Amerika atau Libya (mungkin tomato sos)

3 inci panjangnya halia sebesar ibu tangan

1/2 biji bawang besar            4 biji bawang merah

5 ulas bawang putih              5 kuntum bunga cengkih

6 biji buah pelaga               2 inci panjangnya kulit kayu manis

3 pelepah daun saderi              1 botol kecil air mawar yang baik

1 camca teh aji-no-moto                garam secukup rasa


Cara membuatnya

1) Basuh beras bersih-bersih.

2) Hiris bawang besar, bawang merah dan bawang putih.

3) Tumbuk halia sehingga lumat dan ambil perahan airnya sahaja.

4) Jerangkan periok, masukkan minyak sapi, setelah pijar masukkan mentega dan kacau rata. 

Tumis hirisan bawang, cengkih, pelaga, kulit kayu manis dan garam dan kacau rata.

5) Apabila bahan tumisan layu, masukkan air halia dan secupak air. 

Kemudian masukkan susu, aji-no-moto dan daun sadri dan biarkan mendidih.

6) Setelah mendidih masukkan tomato dan kacau rata, kemudian masukkan beras dan biarkan ia mendidih. 

Apabila nasi tersebut hampir kering masukkan air mawar, kacau rata kemudian ditutup periok.

 Biarkan selama 20 minit. Buka penutup, karis (kacau) nasi kemudian biarkan ia masak dan kering.

SELAMAT MENCUBA
(repost from 2010)

Entri Nasi Tomato - Resepi Lama Ulangsiar dari https://ift.tt/313bjxE
Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Labels


Umi Ayu Cake dan Biskut

Blog Archive

Powered by Blogger.

- Copyright © Umi Ayu Cake dan Biskut -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -