- Back to Home »
- 1001 Resepi , Informasi , Menarik , Resepi »
- Tart Nanas dan Mangga
Posted by : Unknown
Monday, 12 October 2020
Tart sangat versatile, boleh manis atau pedas...sweet or savoury...jika rajin buatlah pastri sendiri, jika tidak beli ajer yang siap...jom tengok tokma buat tart sendiri :)
Resepi ni saya perolehi dari small recipe booklet iaitu Aneka Rasa by Kraft...resepinya nampak simple...since semua bahan ada, maka saya cuba buat...saya memang jarang buat tart...
Bahan-bahannya:
150g cream cheese 150g mentega
350g tepung serbaguna, saya guna pastry flour
1/3 cawan gula halus 1 sudu teh vanila 1 biji kuning telur
air batu secukupnya
Gaulkan butter, cheese, gula, tepung, vanila dan kuning telur dalam cake mixer menggunakan hook untuk menguli ataupun gaul je dengan tangan...
Masukkan air ais sedikit-sedikit (saya guna sudu kecil)...uli hingga menjadi seketol doh yang lembut...
Bungkus dengan kertas aluminium dan simpan dalam peti sejuk selama 2 jam...
Pasti ni saya buat malam tadi, maknanya semalamanlah pastri ni duduk dalam peti sejuk...
Pastri ni sedap untuk tart manis kerana terdapat cream cheese sebagai bahan...
Selepas dua jam terap doh kedalam bekas tart, cucuk-cucukkan dengan garpu dan bakar dalam preheated oven selama 10 minit...keluar dan sejukkan...
Bahan kastad:
4 biji kuning telur
100g gula
1 1/2 cawan krim putar (saya guna susu isian sejat je)
1 sudu teh esen vanila
pukul semua bahan sebati dalam satu mangkuk...
Buah-buahan:
Saya guna buah nenas dalam tin (perah ais sirapnya) dan buah mangga fresh yang manis...
Selain buah ni anda boleh guna buah peach, strawberry, kiwi, pear, mix fruitcocktail atau berbagai jenis buah lain...
Susun buah ke dalam mangkuk pastri yang telah dibakar tadi, sudukan sos kastard...bakar dalam oven selama 10 ke 15 minit atau sehingga sos kastadnya set...
Keluarkan dari oven, sejukkan...taburkan gula icing...
Tengoklah ruma tart saya ni....nampak sedapkan...jom buat...
(repost from 2011)
Entri Tart Nanas dan Mangga Ulangsiar dari https://ift.tt/3jPVB0g
Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.