Posted by : Unknown Monday, 19 October 2020

Kurma ayam, sedap makan dengan nasi minyak atau biryani...ini cara tokma masak kurma ayam...


Bahan-bahan

1 ekor ayam potong 8 atau 12             3 biji kentang, kupas dan belah 4

1 biji carrot, potong kecil               1 biji bawang besar, potong memanjang

2 biji cili hijau, belah                2 biji tomato, belah 4


Bahan tumis

tumbuk

3 biji bawang putih

5 biji bawang merah

1 inci halia

lain2

1 batang kulit kayu manis

2 kuntum bunga lawang

5 kuntum bunga cengkih


Lain-lain bahan

Santan 1 cawan              1 asam keping

Daun sup dan bawang               buah keras


Cara masak

Panaskan 5 sudu besar minyak, masukkan bahan tumis, kacau hingga bawang perang, 

masukkan 5 sdudu besar rempah kurma (kuantiti terpulang) dan 1 cawan air..

kacau hingga pecah minyak...

Masukkan ayam dan sedikit lagi air, rebus sehingga ayam separuh empuk,

masukkan kentang dan carrot, santan pekat, garam, perisa, 

asam keping, beberapa biji buah keras (tumbuk) dan masak hingga empuk, 

masukkan lain-lain bahan...

Tambah air jika nak berkuah...

Akhir sekali taburkan dengan daun sup dan bawang yang dihiris (optional)

(repost from 2010)

Entri Kurma Ayam Ulangsiar dari https://ift.tt/2T6AxXI
Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Labels


Umi Ayu Cake dan Biskut

Blog Archive

Powered by Blogger.

- Copyright © Umi Ayu Cake dan Biskut -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -