Posted by : Unknown Wednesday, 7 October 2020


Udang juga boleh dibuat rendang...caranya sama macam buat rendang kerang, ayam dan daging...cuma masaknya tak lama...saya guna Thermomix untuk blend dan masak kuah rendang sebelum pindahkan ke kuali untuk proses seterusnya...


Bahan2

Udang besar dalam 20 ekor, gunting ekor dan janggutnya

Santan 1 kotak

Daun kunyit, hiris

kerisik (optional)


Bahan blender (saya blend dlm Thermomix)

10 biji bawang merah

5 biji bawang putih

2 inci halia

3 sudu besar cili blender/10 biji cili kering

3 batang serai

Lengkuas sebesar ibu jari

(Saya blend semua bahan ini dan terus masak dalam Thermomix selama 30 minit.  Kemudian pindahkan ke kuali untuk proses seterusnya...)


Cara biasa masak rendang

Tumis bahan blender hingga naik minyak

Masukkan santan (kuantiti terpulang)

Masak hingga santan berminyak dan kering

Masukkan udang dan renih 5 ke 10 minit 

Masukkan daun kunyit dan gula dan perisa

Masukkan kerisik secukupnya dan asam keping jika suka

Gaul rata dan angkat


Selamat mencuba...


Entri Rendang Udang Ulangsiar dari https://ift.tt/2SAraiQ
Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Labels


Umi Ayu Cake dan Biskut

Blog Archive

Powered by Blogger.

- Copyright © Umi Ayu Cake dan Biskut -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -