Posted by : Unknown Wednesday, 7 October 2020


 Sangat mudah membuatnya, sama seperti buat kari ayam...guna rempah yang sama...

Bahan2

Telur rebus 6 biji                 Kentang


Bahan tumbuk dan tumis

Bawang merah 5 ulas                Bawang putih 3 ulas

Halia satu inci                  Kayu manis satu batang

Bunga lawang 2 kuntum                  Bunga cengkih beberapa kuntum

Daun kari secukupnya


Lain2 Bahan

Rempah kari daging 3 sudu besar atau lebih

Cili blender 1 sudu besar atau lebih

Santan secukupnya

Garam, perisa dan gula secukupnya


Cara membuatnya

Panaskan minyak secukupnya untuk menumis, masukkan bahan tumis dan goreng hingga keperangan 

Masukkan rempah kari dan cili blender dan kacau rata

Masukkan satu cawan air dan biar merenih atas api perlahan hingga pecah minyak.

Masukkan santan dan air secukupnya dan masukkan kentang...

Rebus hingga kentang empuk 

Akhir sekali masukkan telur dan garam, etc.

Kuah kari kena agak2 nak banyak mana...jika lebihkan air kuah akan cair, 

lebihkan santan kuah akan pekat dan berlemak...maka terpulang pada cita rasa sendiri...

Jika nak ada rasa masam sikit bolehlah tambah buah tomato yang dihiris atau sikit tomato puri...

Selamat mencuba...


Entri Kari Telur dengan Kentang Ulangsiar dari https://ift.tt/34A8xAY
Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Labels


Umi Ayu Cake dan Biskut

Blog Archive

Powered by Blogger.

- Copyright © Umi Ayu Cake dan Biskut -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -