Posted by : Unknown Monday, 26 October 2020


Assalam, Cinnamon roll lagi...telah ada beberapa resepi CR dalam blog ini...tapi yang ini adalah resepi terbaru...jom tengok...


Bahan-bahan

2 3/4 cawan tepung gandum (saya guna tepung roti)

1/4 cawan gula putih

1/2 sdt garam

50g melted butter

3/4 cawan susu suam (37C)

1 biji telur

1 sachet yis kering


Lain2

1 cawan gula perang

1 sdb serbuk cinnamon

1/4 cawan melted butter

Untuk icing

saya buat lemon icing

gula icing campur dengan perahan lemon juice



Cara buat

(saya guna Thermomix untuk mix dan uli, anda boleh guna cara manual atau guna mixer)

Campurkan semua bahan dalam mixer (Thermomix)
 
Mulakan dengan susu suam, yis, telur, gula, butter cair, tepung dan garam...

Gaul dulu bahan dengan kelajuan perlahan...kemudian uli dengan kelajuan sederhana/laju selama 3 minit/4 minit

Keluarkan dan letak dalam bekas yang disaluti mentega dan tutup dengan kain...
Biarkan doh kembang selama sejam atau lebih...

Keluarkan doh ke atas permukaan bersih yg ditabur tepung...
Canai sehingga mendapat ukuran empat segi tepat, ketebalan 0.5cm (lebih kurang)

Sapu dengan butter cair dan kemudian taburkan dengan gula perang dicampur serbuk kayu manis...

Gulung memanjang, dan potong kecil (tebal 1 inci)

Susun dalam dulang atau bekas yang sesuai yang disapu butter...
biarkan doh kembang 30 minit atau lebih...

Panaskan oven dan bakar doh selama 15 ke 20 minit sehingga permukaan keperangan..
Keluar dan sejukkan...

Boleh makan begitu sahaja atau sapukan cream cheese icing atau lemon icing atasnya...



 

Selamat mencuba...

Entri Cinnamon Roll Ulangsiar dari https://ift.tt/37GjDHT
Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Labels


Umi Ayu Cake dan Biskut

Blog Archive

Powered by Blogger.

- Copyright © Umi Ayu Cake dan Biskut -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -