Posted by : Unknown Tuesday, 13 October 2020


Satu ketika dulu kek ini sangat popular...terpengaruh dengan foto-foto dari beberapa food blogger yang memuat naik gambar kueh ni maka saya pun teringin nak buat juga...

Ada banyak resepi kat internet...google aje...berderet resepi yang membuatkan anda rambang mata tak tau mana satu nak dicuba...


Ini reseppi yg saya jumpa dan nak cuba...

2 cawan gula perang
2/3 cawan mentega (salted)

Pukul kedua bahan atas hingga berkrim

3 biji telur ukuran besar, pukul sedikit, tuang perlahan dan kacau rata dengan butter dan gula tadi...kemudian masukkan 1 sudu teh vanilla esen...gaul rata

2 1/2 cawan tepung

2 1/4 tsp baking powder

1/2 tsp garam

Gaul rata bahan diatas dan masukkan ke dalam adunan tadi...

Masukkan 2 cawan chocolate chips

Gaul sebati...ratakan doh ke dalam dulang bakar yang telah digris...

Bakar pada suhu 160C selama 30 minit atau sehingga masak...
Bahagian tengah kek biar tak masak sepenuhnya...lembut gitu...:)

Saya bakar lebih 30 minit sbb nak tengahnya masak betul...anda boleh tutup permukaan kek dengan aluminium foil supaya tak terlalu perang...selamat mencuba...

(repost from 2015)

Entri Congo Bars Ulangsiar dari https://ift.tt/16yq0ts
Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Labels


Umi Ayu Cake dan Biskut

Blog Archive

Powered by Blogger.

- Copyright © Umi Ayu Cake dan Biskut -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -