- Back to Home »
- 1001 Resepi , Informasi , Menarik , Resepi »
- Masala Ayam dan Kentang
Posted by : Unknown
Tuesday, 6 October 2020
(kesah lama)
Rempah ni dari Dhaka, Bangladesh (Eka beli)...nasib baik ok lagi isi kandungannya...lama dah expire...tapi sebab sayang nak buang benda makan, maka buat jugalah...
Selain 3-4 sudu besar rempah masala,
Bahan lain adalah
1 kg ayam, potong kecil
2 biji bawang besar, cincang
1 sudu besar ginger paste and garlic paste
1 cawan tomato puri
3 biji ubi kentang potong kiub
Cara masaknya:
Panaskan 4 sudu besar minyak, tumis bawang besar dulu hingga lembut dan kekuningan
Masukkan garlic dan ginger paste dan tumis hingga wangi
Masukkan tomato puri dan rempah masala
Kacau hingga pecah minyak...kemudian masukkan ayam dan kacau beberapa minit
Masukkan 1 cawan air dan garam...masak hingga ayam separuh empuk
Masukkan kentang dan masaklah hingga ayam dan kentang empuk dan gravynya kering
Sebelum padam api masukkan chopped coriander leaves dan hirisan halia
Satu penambahan yang saya buat ialah...saya tambahkan plain yogurt dalam 1/2 cawan ke dalam gravy ayam masala ni...dan...rasanya bertambah sedap...
Rempah masala ni mungkin boleh di dapati sekitar kedai India area Brickfields atau kawasan Masjid India...selamat mencuba...
(repost from 2011)
Entri Masala Ayam dan Kentang Ulangsiar dari https://ift.tt/2SAhvsg
Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.