- Back to Home »
- 1001 Resepi , Informasi , Menarik , Resepi »
- Cili Boh dengan Thermomix
Posted by : Unknown
Thursday, 24 September 2020
Buat cili blender dengan Thermomix paling mudah...sebabnya...dalam tu anda blender dlm tu juga anda rebus atau masak cili tersebut utk hilangkan baunya...
Jom saya share bagaimana saya buat cili blender guna Thermomix ini...
Masukkan cili kering secukupnya ke dalam Thermomix bowl, boleh kisar kasar beberapa saat utk potong cili kepada size yg lebih kecil...keluarkan dan kiraikan bijinya guna penapis biasa...masukkan semula ke dalam blender dan masukkan air secukupnya...dan rebus cili hingga layu...dalam 10 minit...
Buang air cili dan siram air biasa...letak semula dalam mixing bowl dan masukkan air secukupnya dan blend cili pada kelajuan maxima beberapa saat sehingga jadi paste...
Saya tambahkan sedikit bawang merah, putih dan halia ke dalam cili...kisar...masukkan beberapa sudu minyak dan kisar lagi...kemudian masukkan air secukupnya dan rebus cili kisar selama 40 minit pada suhu 90C
Jika masih belum cukup kering terus rebus sehingga dapat texture cili yang digemari...
Ada banyak cara menyediakan cili blender, terpulang pada citarasa anda sendiri...
Sejukkan dan simpan dalam botol...masukkan dalam peti sejuk atau freezer jika ingin tahan lama berbulan-bulan...
Cili blender yang telah dimasak lama telah hilang baunya...jika nak buat sambal tak perlu dah tumis lama-lama atas api sehingga terpercik minyak sana sini...juga jika dimasak lama sambal kita akan kurang pedas...selamat mencuba...
Entri Cili Boh dengan Thermomix Ulangsiar dari https://ift.tt/367Nmsr
Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.