- Back to Home »
- 1001 Resepi , Informasi , Menarik , Resepi »
- ayam gril dan spaghetti...
Posted by : Unknown
Sunday, 22 June 2014
Salam,
jom kita gril ayam yang mudah ni, sediakan ayam camni tak ambik masa banyak...
pertama ayam tak perlu potong kecil
kedua tiada tumis menumis tumbuk menumbuk, hanya tabur herbs dan seasoning dan pop it in the oven yang dan set time...half way tru cooking period, pusing ayam dan bakar sebelah lagi hingga keperangan.
ketiga boleh tambah apa saja bahan sampingan sebagai side dishes ayam
keempat tak perlu kuah kari dan sebagainya...hanya simple gravy dah cukup
kelima tak perlu sayur mayur. salad memadai
untuk resepi ni kkida guna ready mix herbs, bersihkan ayam, lap dengan kitchen towel, taburkan herbs dan seasoning dan masukkan dalam oven...bakar 40 minit kemudian pusingkan ayam dan bakar lagi 30 minit (ikut saiz ayam)...selain tu ada red potato sebagai sampingan.
bila ayam masak, keluarkan dari oven...alihkan ke bekas lain, tambahkan tepung, atau cream ke dalam bekas gravy ayam tadi dan kacau sebati...tuang atas ayam...
untuk senang kerja beli aje serbuk seperti atas ni...
selain ayam kkida rebus spaghetti, masukkan sedikit herba, garam dan minyak zaitun atau butter...
herba ni kkida beli kat istambul, sesuai utk pasta dan soup
salad yang simple, kkida guna low fat mayo, lettuce, cherry tomato, japanese cucumber...
wallah, enak bangat....juga pasti menyihatkan tiada deep fry ok...semua main bakar dan rebis aje...
menu yang sesuai utk berbuka puasa, jika jemu makan nasi dan kari....:)
p/s: ....youall dah ada insuran hospital ke....jika belum ada better beli insuran, sakit bukan nak tau bila, atau kemalangan juga kita tak jangka....kata orang tu jangan dah terantuk baru nak tergadah....bila dah kena baru kelam kabut mencari bantuan....kalau orang banyak duit tak kesah...takat bil hospital 10, 15 ribu takda hal....tapi bagi kita yang hanya cukup makan ni baiklah bersedia...
bayaran bulanan insuran bukanlah mahal bebenor, jumlahnye mampu bayar, part of our saving juga...dan yang penting kalau berlaku sebarang kecemasan kita tak susah hati dah...gi je mana-mana hospital swasta yang berdekatan...
bagi kkida ni memang tak leh dah nak ambil hospital insuran ni sebab health record kurang bagus...hehe...tak semua orang layak ambik insuran....pihak insuran juga pilih kita...so bagi anda yang berminat nak tahu pakej insuran mana yang layak anda ambil sila hubungi ariff shah .
SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN, JIKA TAK MAU BASAH KUYUP....
Entri ayam gril dan spaghetti... Ulangsiar dari http://ift.tt/1qBsQ8L
Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.