Posted by : Unknown Friday, 14 December 2018

masjid Kuala Perlis, cantik
bingka ubi yang sedap makan
kat gerai tepi jalan sebelum ke Wang Kelian
Pada tahun baru Jan 2017 kkida pi jjcm ke Krabi...pernah update di IG...tapi lama dah, jenuh juga mencari gambar...itulah kekurangan ig....bila cerita dah lama jenuh juga nak scroll mencari gambar...oleh itu tokma fikir eloklah share gambar dan photos kat sini, lagi senang nak tengok...:)

Kkida gi berempat...hb, dua anak lelaki and myself...masa ni Hani pi Korea and the other son berada di UK....

Percubaan pertama memandu ke negara jiran, all the way hingga ke Krabi...itupun setelah puas survey dan cari info di internet, maka kami bertekad untuk cuba juga...doa kami semuga Allah permudahkan perjalanan...:)

Malam sebelum masuk ke sempadan Thai di Wang Kelian, kkida tido di Kuala Perlis, sewa hotel kat situ...esok tu pepagi check-out, cari breakfast dulu...lepas tu teruskan perjalanan ke sempadan Malaysia-Thai di Wang Kelian...

 Urusan di kedua-dua imigresen mudah...Alhamdulillah...kami teruskan perjalanan ke Satun untuk beli simcard dan tukar duit...kkida nasihatkan anda tukar duit siap-siap sebelum menyeberangi sempadan...jika tak haru-biru jadinya...:)

Nasiblah kat Satun tu kami jumpa money changer dan kedai jual simcard...Alhamdulillah...lepas setel semua, weall pun meneruskan perjalanan hingga ke Krabi...perjalanan mengambil masa hampir 5 jam...jarak antara Satun ke Krabi adalah 270km...sepanjang jaran ada beberapa roadblock...oleh itu pandulah dengan cermat ye...ikut had laju yg ditetapkan...

sempat jamah makanan di Satun...
food mereka sama macam kita,
yelah depa pun orang melayu gak,
cuma bahasa dah lain...nak cakap pun payah juga...



Sebelum sampai ke pekan Krabi, kkida singgah makan di sebuah gerai...sepanjang perjalanan antara Satun dan Krabi banyak perkampungan melayu dan masjid...memang majoriti mereka adalah islam...cuba anda search sejarah tanah melayu dulu-dulu...mereka adalah sebahagian dari kita...:)

kari pekat jantung pisang, sedap
different style of sontam
Since trip ni umpama bidan terjun, maka tokma takdalah booking hotel siap-siap...so bila dah sampai krabi barulah nak cari tempat tido...nasib ada tenet...kami mengginap di sebuah hotel milik muslim di Klong Muang Beach (KMB)...jarak 13km dari Ao Nang Beach (ANB) (destinasi popular pelancung)

KMB ni taklah sepopular ANB, oleh itu pantainya lebih sunyi...wbp pada kkida lebih happy menginap di KMB kerana kurang manusia dan pantainya pun cantik...kat area terdapat banyak hotel mewah dan 5 star...

pasar malam
Malam tu selepas check-in kami keluar jenjalan ke pasar malam berhampiran...Alhamdulillah
rupanya KM di memang kampung islam...terdapat banyak masjid di sini dan majoriti penduduk adalah islam.

pantai Klong Muang yang landai dan bersih
Entri ni masih belum siap...nanti tokma sambung ye...:)

Entri #jjcm ~ Krabi Ulangsiar dari https://ift.tt/2Bkx8es
Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Labels


Umi Ayu Cake dan Biskut

Blog Archive

Powered by Blogger.

- Copyright © Umi Ayu Cake dan Biskut -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -