Posted by : Unknown Sunday, 27 September 2020

Tengoklah sambal sotong tu...hehe...merah dan berlenangan minyaknya....sedap tau....:)
Saya buat sambal sotong ni untuk kawankan dengan nasi lemak...sekali sekala tukar selera...selalu nasi lemak kawan dengan sambal ikan bilis, tapi kali ni tokma masak sambal sotong pulak...

Kerana ada sotong besar, saya pun buat sambal sotong...caranya sama jer seperti buat sambal ikan bilis dan lain-lain sambal...

Bahan-bahan

Sotong besar bebeapa ekor, bersihkan dan potong kecil

Bahan tumbuk

Bawang putih 3 ulas

Bawang merah 5 ulas

Halia sedikit

Lain-lain

Cili blender

Bawang besar, hiris bulat

Asam jawa dan belacan

Tumis bahan tumbuk hingga keperangan, masukkan cili blender secukupnya...
masukkan belacan dan kacau...masukkan air asam jawa...masukkan sotong dan terus kacau hingga sotong masak...

Masukkan garam, seasoning...kalau nak tambah kicap manis pun ok...

Hidang dengan nasi lomak, ikan bilis goreng, timun dan telur rebus


(reppost from 2010)

Entri Sambal Sotong Ulangsiar dari https://ift.tt/3cHu6n2
Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Labels


Umi Ayu Cake dan Biskut

Blog Archive

Powered by Blogger.

- Copyright © Umi Ayu Cake dan Biskut -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -