- Back to Home »
- 1001 Resepi , Informasi , Menarik , Resepi »
- Rendang Kerang Opah
Posted by : Unknown
Saturday, 19 September 2020
Salah satu resepi kegemaran mak saya iaitu Rendang Kerang....boleh dikatakan setiap kali menjelang raya, mak akan beli berkilo-kilo kerang, rebus dan kopek isinya....memang renyah membuatnya...tapi berbaloi dan menjadi kegemaran ramai :)
Bahan-bahan
2 kg kerang direbus dan dikupas
Bahan-bahan untuk dikisar
1 biji bawang besar 5 ulas bawang putih
2 inci lengkuas 2 inci halia
2 inci kunyit hidup 1 batang serai
15-20 tangkai cili padi
Lain-lain bahan
1 sudu besar rempah kari 1 keping asam keping
2 sudu besar kerisik 1 sudu gula
1 1/2 cawan pati santan
garam dan bahan perisa secukupnya
daun kunyit dihiris halus
Cara buatnya
Masukkan semua bahan-bahan yg telah dikisar, pati santan, rempah kari ke dalam kuali.
Masak di atas api sederhana sehingga kering sedikit, kemudian masukkan kerang dan gaul sebentar.
Biar sehingga rendang agak kering, masukkan pula kerisik, garam dan bahan perisa...
Kemudian masukkan daun kunyit...kacau sehingga rendang kering
(terpulang kepada selera anda, samada suka rendang yang kering atau berkuah).
(repost from 2010)
Entri Rendang Kerang Opah Ulangsiar dari https://ift.tt/2ZLCEE7
Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.