Posted by : Unknown Sunday, 20 September 2020


Kulit ketayap yang marbeles telah ditemui....hehe...
terima kasih kepada Puan Yatie kerana berkongsi resepi kuih ketayap yang lembut dan sedap ini...


Saya jarang buat kuih ketayap, kerana kurang peminat dan kurang rajin nak mendadar...
wbp, sekali sekala terasa nak makan juga...jika beli kat luar jarang nak dapat yang sedap, 
pasti ada jer yg kurang...kulit kurang lembut kerana kurang santan mungkin dan inti terasa seperti hampas kelapa...oleh itu jalan terbaik adalah buat sendiri...
InsyaAllah pasti sedap...sendiri nak makan takkan nak buat cincai2 kan...:)


Saya buat ketayap ni dalam bulan puasa, dlm keadaan kelaparan...hehe...oleh itu rupanya agak kurang sikit, namun rasa tetap ada sebab ikut resepi pakar masak terkenal iaitu Puan Yati...

Apa-apa pun lepas ni rajinlah saya berdadar guna resepi ini...boleh varietikan intinya....lepas ni nak cuba letak savoury filling pulak....biasalah...kan...saya nikan suka ubah suai resepi...lol

Bahan2

2 cawan tepung gandum

1 biji telur

1 sdt pewarna hijau

2 cawan air

3/4 cawan susu segar/santan

1 sdt garam

1 sdb minyak masak

Campur semua bahan dalam blender dan blend sehingga sebati

minyak utk oles pada kuali


Inti

1 biji kelapa parut putih sahaja

1/2 cawan gula merah/gula melaka

2 sdb gula putih

2 helai daun pandan

sedikit air utk masak gula

Masak gula dgn pandan hingga gula larut, masukkan kelapa dan sedikit garam, 
masak hingga kering. Sejukkan.

Panaskan kuali leper sederhana besar, oles dengan sedikit minyak...tuang sesenduk batter dan ratakan atau golekkan pan supaya merata...pastikan batter tidak terlalu cair atau pekat...masak sebentar dlm 2 minit...angkat dan letak inti kelapa secukupnyu...lipat dan gulung. Hidang panas atau sejuk. 

(Ini adalah repost entri, additional info di bawah ini adalah kejadian pada October 2013, tiada kena mengena dengan tarikh pada hari ini...:)

Saja nak share satu lagi perkara yang buat saya terlebih happy semalam...:)


Pertama kali kkida tengok uniques visitors seramai itu utk blog ini...:)
blog kkida ni bukanlah yang terbaik...tapi jika ramai yg sudi masuk dan jengah kemari berkali-kali kkida rasa happy banget...terima kasih ye....bukannya apa...maknanya blog ni masih relevan lagilah...maka bolehlah kkida terus berceloteh kat sini selagi termampu....:-)

Entri Kueh Dadar/Kuih Ketayap Ulangsiar dari https://ift.tt/3kCLBYr
Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Labels


Umi Ayu Cake dan Biskut

Blog Archive

Powered by Blogger.

- Copyright © Umi Ayu Cake dan Biskut -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -