- Back to Home »
- 1001 Resepi , Informasi , Menarik , Resepi »
- Begedel Mutton
Posted by : Unknown
Friday, 25 September 2020
Salam,
Resepi ni dah beberapa kali saya share...cara buatnya sama, cuma kali ni saya guna daging kambing yang telah dikisar....kalau tak suka kambing boleh ganti dengan ayam, daging dan sebagainya...
Kuantiti untuk kentang lecek dan mince meat kena sama banyak atau lebihkan kentang...jika tak nanti payah nak kepal-kepalkan begedel tu....saya suka goreng i/o rebus kentang....jika rebus kentang akan berair sangat dan pasti hancur bila di goreng....
Potong kentang bentuk wedges dan goreng asalkan empuk sahaja....jangan garing sangat...kemudian tumbuk kentang lumat....campurkan semua bahan dalam satu bekas....
iaitu
bawang goreng,
daun bawang cincang,
cili merah cincang,
telur sebiji
(untuk 2 cawan kentang dan 1 cawan daging)
salt and pepper to taste
Gaul rata...masukkan dalam peti sejuk sebentar supaya ia beku sikit dan mudah nak dikepal nanti...panaskan minyak banyak...kepal dan leperkan kentang, celup dalam putih telur dan goreng dalam minyak panas hingga masak...
cam gitulah rupanya...walau pun tak cantik tapi rasanya sedap....jika nak bega-bega sendiri bahannya boleh...ikut suka nak campur apa...ikut selera masing-masing...
(repost from 2012)
Entri Begedel Mutton Ulangsiar dari https://ift.tt/2Hp7lsg
Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.