Posted by : Unknown Tuesday, 29 September 2020


Ikan bilis putih...sedap digoreng dalam tepung cucuq


Bersihkan ikan, jika nak buang kepala silakan, saya goreng semua, tak buang kepala pun..:)
Jika digoreng rangup, sedap...kepala pun boleh ditelan sekali :)


Resepi utk bancuhan tepung, saya buat seperti bancuhan cucur udang...

Daun kucai, cili merah dan bawang besar...semua cincang/potong kecil...tepung gandum dan sedikit tepung muruku atau tepung beras...garam, soda dan perisa jika suka...tuang air suam kuku dan gaul rata hingga pekat dan sebati seperti foto dia atas...


Panaskan minyak banyak untuk deep fry...sendukkan bancuhan ikan/batter dalam kuantiti 2,3 ekor sesudu dan goreng dalam suhu sederhana panas...makan ketika masih panas...cicah dengan sos cili thai dan mayonnaise...

Sedapppp!!!

(repost from 2012)

Entri Ikan Bilis celup Tepung Ulangsiar dari https://ift.tt/3kVJkaJ
Bertujuan untuk Koleksi Resepi dan Informasi Menarik sebagai salinan dan rekod pribadi di Laman Umi Ayu Cake dan Biskut. Tiada tujuan promosi atau mendapat keuntungan dari aktiviti ini.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Popular Post

Labels


Umi Ayu Cake dan Biskut

Blog Archive

Powered by Blogger.

- Copyright © Umi Ayu Cake dan Biskut -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -